Perkongsian berita kehamilan sepatutnya adalah sesuatu yang menggembirakan kerana ia adalah rezeki yang diberikan Tuhan. Namun ada juga orang kurang senang dengan berita-berita baik sebegini apabila tersebar.
Itu yang terjadi pada Nadya Syahera yang mengumumkan kehamilan anak ketiga setelah memasuki fasa trimester kedua.
"Mula-mula ingat sebabkan vaksin period tak betul, sekali haa kau!" kongsinya di Instagram. Tambahnya lagi, "Ada juga rasa risau mulut-mulut orang, tanggapan-tanggapan jahat, kata-kata yang kurang sihat untuk didengar sebab berdasarkan pengalaman sebelum ini ada saja orang tidak senang dengan khabar gembira kita, cakap itu ini yang membuatkan saya tidak happy dengan hal yang sepatutnya saya happy. Jadi disebabkan itu, saya simpan dulu." Sepanjang kehamilan, dia diuji alahan teruk sehingga membuatkan dirinya berasa lemah disebabkan kesukaran untuk makan dengan baik hampir dua bulan. Namun apabila memasuki trimester kedua, barulah dia dapat menikmati makanan yang diinginkan dan berharap kelahiran anak ini akan dipermudahkan urusan pada tahun depan selepas empat tahun tidak beranak. Ketika mengetahui diri sedang hamil, terdetik di dalam hati agar mereka yang sedang berusaha mendapatkan zuriat akan dimakbulkan doa selepas berusaha dan bertawakkal.
Kesian Nadya terpaksa sorok dulu berita hamil sebab risau mulu-mulut jahat orang. Moga yang mulut jahat itu diberi nikmat yang baik-baik dan kesedaran untuk berubah. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|