Lebih sebulan hubungan cinta dengan Ismail Izzani, 21, berakhir, Shalma Eliana, 21, semakin seronok mengorak langkah tanpa cinta.
Bakal muncul menerusi drama Cheritera di TV9, Shalma atau lebih dikenali dengan panggilan Yana berkata, keadaannya okey walaupun masih dihambat kekecewaan selepas putus cinta. "Alhamdulillah, saya sangat okay. Saya menyibukkan diri dengan menulis lagu dan banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Jujurnya, saya semakin seronok dapat memberikan fokus kepada diri sendiri. "Nak kata serik tidak, tetapi saya lebih selesa 'go with the flow'. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.
"Lagipun, saya masih muda, perjalanan hidup masih jauh. Mana tahu saya akan bertemu dan bercinta dengan lelaki yang boleh menjaga saya seumur hidup," katanya kepada BH Online. Walaupun hubungan dengan bekas kekasih masih baik, namun tidak mungkin untuk mereka kembali bercinta. "Saya merasakan kami lebih serasi menjadi kawan berbanding sebagai pasangan kekasih. Ismail, seorang rakan yang baik dan boleh jaga semua orang, jadi lebih baik kami berkawan sahaja. "Lagipun, saya semakin seronok menjalani hidup sendirian mungkin disebabkan sudah lama bercinta. Jadi, saya perlukan masa bersendirian tanpa perlu memikirkan masalah atau menjaga kesihatan mental pasangan. "Ismail pun sudah besar, jadi biarlah dia menjaga dirinya sendiri, saya pula fokus menjaga diri saya," katanya. Katanya, kesilapan dilakukan Ismail mungkin biasa sahaja bagi pandangan sesetengah orang. "Namun, bagi saya, apa yang penting memahami antara satu sama lain dalam perhubungan. "Saya sangat komited menjaga perhubungan apabila menyayangi seseorang. Saya akan sayang betul-betul. Tetapi, apabila hati disakiti, cukuplah. Lebih baik saya menjaga diri sendiri," katanya. Sumber: BH Online
|
umbut replied at 9-12-2021 06:25 PM
Si dak mail ni muka x ler hencem..citer pasal gf je memanjang ko ni.. nak jadi kasanova konon. Yg po ...
NekNgah replied at 12-12-2021 12:03 PM
Kaching & fame.. semua nak ride..
cmf_premierleag replied at 10-12-2021 07:26 AM
mail ni spm pun tak amik kan
anak datok spoil brat acah2 hensem kaya playboy walau rupa paras berryy ...
sukacactus replied at 10-12-2021 07:16 AM
Geli hati aku tgk kisah budak2 bercinta
Lenkali xpayah ulas pepanjang dek
Ckp I'm ok cukup
whimsicalmusic replied at 9-12-2021 06:10 PM
Selama ni ko jaga mail ke? Suruh mail jaga diri sendiri mcm selama ni ko tpaksa lyn die, tanggungjaw ...
cmf_premierleag replied at 10-12-2021 07:26 AM
mail ni spm pun tak amik kan
anak datok spoil brat acah2 hensem kaya playboy walau rupa paras berryy ...
ADVERTISEMENT