Oleh : Dean BZ Tiga jenis makanan didakwa berbau busuk dan meloyakan tekak yang dibeli di Bazar Ramadan Sungai Besar. Seorang wanita mendakwa tiga jenis makanan yang dibeli oleh kakaknya di Bazar Ramadan Sungai Besar berbau busuk sekaligus meloyakan tekak ketika menjamahnya semasa berbuka puasa. Dipetik dari Sinarharian, Fatin Elyanie Mohd Anuar, 24, berkata, dua jenis lauk iaitu ikan keli masak cili api dan ikan tilapia masak tumis masing-masing dibeli dari premis sama, manakala laksa pula di premis berasingan. “Memang teruja nak makan ikan keli dan tilapia pada waktu berbuka, tapi sebaik lauk itu dikunyah, saya nak termuntah sebab rasa lembik dan bau busuk,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, dia kemudiannya mencuba untuk menikmati juadah laksa, namun hilang selera makan selepas makanan itu berbau hanyir dan busuk. “Kami amat kecewa dengan sikap peniaga yang lebih pentingkan keuntungan daripada jaga kualiti makanan yang dijual. Mungkin mereka beli ikan lama yang lebih murah untuk dimasak sebelum jualnya kepada pelanggan,” katanya. Hmmm.. kes-kes seperti ini saban tahun berlaku setiap kali bulan Ramadan. Peniaga haruslah jujur dan tidak boleh mengambil jalan singkat untuk mengaut keuntungan semata-mata. Makanan yang sudah basi atau sudah rosak eloklah dibuang kerana ini jelas menganiaya pembeli. Kalau anda yang terbeli makanan busuk seperti ini, apa tindakan anda? Yang pastinya, mendiamkan diri bukan lah jalan terbaik kerana esok lusa mungkin orang lain pula yang terkena. Elok cegah segera peniaga seperti ini dari terus membiak!! - CARI Infonet.
|
23
Bagus |
14
Marah |
12
Terkejut |
20
Sedih |
23
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gekkou replied at 25-6-2015 03:05 PM
Fatin Elyanie Mohd Anuar ni dah buat report kat KKM kah?
ke report kat reporter jah?
bg tau KKM b ...
ADVERTISEMENT