CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Ditampar Pengarah Dulu, Apa Cerita Ika Nabella Sekarang?

10-12-2021 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2163| Komen: 5

Barangkali ada dalam kalangan pengikut dunia hiburan tanah air yang mengikuti kontroversi seorang pelakon ditampar pengarah beberapa tahun lalu.

Mungkin juga ramai yang mengetahui kisah tersebut tetapi kurang mengenali siapakah gerangan individu yang ditampar ketika itu.

Pelakon yang dimaksudkan ialah Ika Nabella, seorang anak seni yang mula mencipta nama dan menghulur salam perkenalan sejak lebih sedekad lalu.

Sejujurnya, bukan kes tampar tersebut yang mahu diungkit atau dicanang semula.


Foto: IG

Lama tidak menjadi penghias dada akhbar, mungkin ramai peminat tertanya-tanya apa yang sedang dilakukan wanita kelahiran Pulau Mutiara itu, lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik ketika ini.

Berpeluang bertentang mata menerusi satu program hiburan di ibu kota baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini mengakui masih seperti dahulu dan tiada apa yang berbeza tentang dirinya.

“Saya sama macam dahulu. Kalau tanya dari segi kerjaya seni, saya masih berlakon seperti biasa cumanya kurang fokus ke arah itu.

Meskipun sudah berhijab penuh, Ika tidak pernah terlintas untuk mengehadkan apatah lagi menjadi lebih selektif dalam memilih tawaran lakonan.

“Sejak pandemik melanda awal tahun lalu, saya pun ada suka-suka cuba untuk jalankan perniagaan dan alhamdulillah diterima ramai hingga ke saat ini.

“Saya sendiri tak sangka dunia saya sekarang ini banyak habis masanya kepada perniagaan. Tapi alhamdulillah saya ada pasukan yang banyak membantu untuk uruskan perusahaan yang saya lakukan itu,” katanya membuka bicara bersama HibGlam.



Ika ditemui ketika sidang akhbar bagi Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang namanya juga tercalon menerusi filem Takut Ke Tak.

Meneruskan perbualan, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 32, berkata, keberadaannya dalam industri seni masih seperti biasa.

Dia masih kekal dan aktif sebagai penyanyi dan pelakon, cumanya terpaksa memperlahankan rentak, namun tidak bermaksud akan meninggalkan ‘cinta hatinya’ itu secara total.

“Berlakon buat masa ni memang agak kurang. Ada tawaran, tapi memang saya terpaksa selektif. Mana tidaknya, saya juga ada anak, suami dan perniagaan untuk diuruskan.

“Sekarang ni pun baru saya dapat dan berpeluang turun ke set untuk jalani penggambaran.

“Kalau sebelum ini memang langsung tiada masa. Fokus berniaga dan keluarga sajalah.

“Bila dah ada pasukan yang kuat dan boleh tolong ambil alih kerja-kerja saya dalam perniagaan yang saya lakukan, barulah ada sedikit masa untuk saya kembali aktif berlakon,” katanya.



Ditebak berkenaan dunia nyanyian yang boleh dikatakan sudah lama ‘sepi’, Ika mengakui perkara tersebut kerana dia sendiri merasakan sudah lama tidak beraksi.

Kata Ika, dia ada perancangan untuk muncul dengan single baharu tidak lama lagi, namun bukanlah dalam masa terdekat.

“Nyanyi semula memang ada perancangan. Tapi bukanlah dalam masa terdekat.

“Saya pun ada berbincang dengan rakan-rakan komposer untuk berkolaborasi keluarkan single baharu.

“Ada yang kata saya dah lupa diri, bila berlakon dan berniaga terus lupa asal-usul nyanyian. Masakan saya boleh lupa, nyanyian jugalah yang bawa saya ke gelanggang hiburan ini.

“Jadi untuk ubat rindu peminat yang sudah lama mahu saya ada single baharu, saya akan tunaikan nanti. Tapi beri sedikit masa sebab saya baru saja nak aktif semula,” katanya.

Tambah bintang Akademi Fantasia musim keenam yang tersingkir pada minggu kedua itu, dia bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan tidak kira sumbernya daripada bidang hiburan mahupun perniagaan.

Soal zuriat, Ika sebenarnya belum bersedia untuk menambah anak buat masa ini dan mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada karier seni serta perniagaan.



Melanjutkan perbualan, Ika juga ditebak dengan soalan tentang usaha menambah cahaya mata kedua memandangkan anak pertamanya sudah menginjak ke usia dua tahun.

Bukan tidak mahu ada zuriat lain, namun kata Ika, berilah masa dan sedikit ruang untuknya kembali ‘bernafas’ dan aktif semula dalam dunia seni.

“Saya bukan tak nak ada anak lagi. Kalau ada rezeki pasti tidak ke mana. Tapi itu nantilah, tidak perlu dikejar-kejar,” katanya seloroh.

Bagi Ika, biarlah putera sulungnya itu membesar dulu dan tidak meletakkan soal tambah zuriat sebagai satu perkara yang terburu-buru. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-12-2021 02:19 PM
*kurang fokus ke arah itu*

padahal dah sendu! takde sape nak hambik ko berlakon... muka pun dah kertu...
kan kalau mengaku takde job tu lebih jujur dan menarik perhatian pengarah untuk bagi kau job...

pelakon2 sekarang ni try hard sangat nak nampak laku dan ada class... macam si awalina tu pun hujung2 jual sambal...
Quote Kurex 10-12-2021 02:31 PM
semua dah lupa kewujudan kau. malah lakonan kau pun takde yg memberi impak malah tak disebut-sebutkan. kot la kau menang FFM ni nama kau naik kejap je, ada harapan cerah utk nama tenggelam balik
Quote azie5zoe 13-12-2021 10:09 AM
Pengarah tu pun dah jd si undan. Boleh lah tampar dia balik, mungkin tamparan jantan dia dah lembut.
Quote mizruncing 13-12-2021 10:12 AM
dia ni okay je dlu cantik gak tgk. skrg dah tenggelam tgk
Quote babelina 13-12-2021 10:24 AM
x silap alu dia buat ivf kn utk ank.. lama gak dia kawin rasanya.. syukur la dpt sorg..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.165308 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top