Florida – Seorang wanita didakwa menyebabkan kerosakan pada sinki sebuah restoran semasa melakukan hubungan intim bersama teman lelakinya, lapor akhbar The Sun.
Kathryn Trammel, 37, dituduh melakukan perkara tersebut di dalam bilik air selepas ditangkap pemilik restoran Irish 31 di Seminole, Florida, lapor laman berita The Smoking Gun. Menerusi pertuduhan di mahkamah oleh pemilik restoran, Trammel didakwa telah menyebabkan kerosakan berjumlah AS$500 (RM 2,111.25) dalam kejadian pada Selasa lalu. Trammel dan teman lelakinya diminta meninggalkan tempat itu selepas perbuatan mereka diketahui oleh seorang pekerja restoran.
‘’Defendan dan rakannya meninggalkan bilik air lalu duduk di bar restoran,’’ kata timbalan syerif. Laporan polis mendapati, Trammel mengaku dia bersama rakannya melakukan hubungan intim di dalam bilik air sehingga menyebabkan sinki pecah dan dinding rosak. Trammel dibebaskan setelah berjanji menuruti perintah mahkamah. Laporan polis menyatakan bahawa teman lelaki Trammel tidak didakwa atas kesalahan terbabit. – CARI Sumber: Kosmo
|
nononcrux replied at 10-12-2021 01:30 PM
Teringat masa kerja hotel, ada mamat melayu ni injured kat peha ke bontot & glass sink pecah.. ei ge ...
keane.somewhere replied at 10-12-2021 03:25 PM
Cam biasa pompuan akan disalahkan....sebab diorg posisi bottom
sharlenetexas replied at 10-12-2021 03:34 PM
Uols top ke bottom?
bored_atticus replied at 10-12-2021 04:11 PM
Hmm.. couple tu tak nak bayar ganti rugi ke sampai libatkan police? haha
i googled the lady punya pi ...
matbad replied at 10-12-2021 01:53 PM
kes intim jgk kerr
gideoncross replied at 10-12-2021 05:51 PM
Smpai pcah sink air, dahsyat, x sakit ke apa?
ADVERTISEMENT