Asyik cerita Neelofa pula kebelakangan ini, nanti ramai pula yang lupa dengan Rita Rudaini. Kali ini Rita ada mengulas tentang kejadian di mana dua individu dihalang daripada memasuki mahkamah sebab tidak divaksin.
Di Insta Story, Rita kata semua tempat wajibkan individu untuk lengkap vaksin tapi dia mempersoalkan pula SOP yang masuk penjara. "Sekarang semua tempat nak masuk wajib vaksin.. Nak masuk penjara wajib vaksin tak? Tanyer jerr,"soal Rita. Rita memuat naik gambar status Fascebook peguam Asiah Abd Jalil.
Asiah menceritakan anak guamnya dihalang memasuki mahkamah kerana tidak divaksin. Asiah kemudian menjelaskan kepada pihak keselamatan bahawa anak guamnya memang tidak mahu dan enggan mengambil vaksin, dan kes terhadap anak guamnya juga disebabkan dia merupakan seorang antivaksin. “Kes terhadap anak guam saya hari ini disebabkan saya antivaksin. Dia rela hadapi pertuduhan dan lawan perbicaraan. So macam kelakar la pulak, nak paksa dia vaksin , supaya dia hadir ke mahkamah, untuk kes antivaksin. "Last-last dapat masuk juga. Kemenangan untuk antivaksin, melawan SOP mengarut COVID-19. Eh!" tulis Asiah. Silakan komen murni-murni ya. -CARI
|
dudaberhias replied at 10-12-2021 02:13 PM
tak habis2 la pelakon sendu... makanan di letak atas pagar sampah dan dagu pembuka tin ni nak meroya ...
tomiko_haza replied at 10-12-2021 04:14 PM
dia ni kene kawen baru dia senyap kot
Ya allah temukan lah jodoh yg baik untuk acik royani ..amii ...
nylliette replied at 10-12-2021 04:18 PM
Masalahnya lelaki mana sanggup nak handle mulut acikrit. Ada je royannye,kalao gadoh mmg bertubi2 ag ...
ADVERTISEMENT