Tindakan terdesak seorang lelaki memandu secara melawan arus kerana terlewat ke tempat kerja mengundang padah apabila ditahan polis, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi video berdurasi 18 saat yang dimuat naik di Facebook memaparkan Perodua Kenari berwarna biru dipandu melawan arus di Jalan Persiaran Mahsuri 2, Bayan Lepas, Rabu lalu. Katanya, berdasarkan maklumat, polis berjaya mengesan pemandu kereta berkenaan yang tinggal di Jalan Paya Terubong, di sini.
"Lelaki berusia 44 tahun itu sudah dibawa ke balai polis bagi siasatan dan tindakan lanjut. "Pemandu terbabit memberi alasan sudah terlewat ke tempat kerja sebelum menggunakan laluan terbabit sebagai jalan pintas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Harian Metro |
NekNgah replied at 13-12-2021 09:14 AM
Setakat dapat saman, boleh bayar. Kalau melibatkan nyawa, mesti menyesal seumur hidup.
ADVERTISEMENT