Kota Kinabalu: Pengeluaran sijil kelahiran di negeri ini tertangguh disebabkan kehabisan kertas digunakan untuk mencetak dokumen berkenaan, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin.
Beliau berkata, stok kertas sijil kelahiran JPN Sabah pada tahun ini adalah sebanyak 24,801 keping, namun terputus bekalan dan kehabisan pada awal Oktober lalu. "Setakat ini, sijil kelahiran yang tertangguh atau menunggu stok untuk cetakan adalah kira-kira 3,200 permohonan. Kelewatan pengeluaran sijil lahir berkenaan disebabkan kekurangan bekalan sijil ekoran bekalan kertas yang digunakan adalah diimport daripada pengilang di China.
"Kelewatan bekalan kertas tiba di Malaysia disebabkan kejadian banjir di negara berkenaan, baru-baru ini. Semakan mengesahkan bekalan kertas berkenaan sudah tiba di negara ini dan melepasi pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 6 Disember lalu," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. Baru-baru ini, tular dalam media sosial beberapa individu dari negeri ini mengeluh kerana terpaksa menunggu lama, namun tidak dapat mencetak sijil kelahiran anak mereka. Khairrul Aminus berkata, kertas berkenaan sudah diterima oleh syarikat percetakan pada 8 Disember lalu bagi proses cetakan sijil kelahiran dan kertas sijil lahir berkenaan, dijangka sampai ke seluruh Sabah serta boleh dikeluarkan selewat-lewatnya 20 Disember nanti. "JPN ingin memohon maaf atas kelewatan dan kesulitan yang berlaku... ia adalah di luar kawalan JPN. "Sekiranya terdapat pelanggan yang terkesan atau memerlukan surat pengesahan kelahiran daripada JPN, sebagai contoh untuk tujuan penerbangan ke Semenanjung Malaysia atau Sarawak, bolehlah memohon di JPN," katanya. Sumber: Harian Metro
|
TOPwind replied at 10-12-2021 11:27 PM
Cetak kat CHINA? padanlah ramai yg tak beley cakap melayu kat Msia ni.
MissYouSayang replied at 11-12-2021 12:22 AM
Kertas pun x mampu nk supply di msia ni.
TOPwind replied at 10-12-2021 11:27 PM
Cetak kat CHINA? padanlah ramai yg tak beley cakap melayu kat Msia ni.
bekalan kertas yang digunakan adalah diimport daripada pengilang di China.
sekngucing replied at 10-12-2021 11:52 PM
ni mesti anak anak pilak yg ramai ni @dua_chzy
ADVERTISEMENT