Gara-gara terlalu bersemangat, seorang lelaki mengaku telah memakan separuh daripada hidangan dendeng daging lembu (daging kering dihiris nipis) yang dibelinya secara online tanpa menyedari bahawa hidangan itu sebenarnya masih mentah, lapor laman berita Suara.com.
Klip video itu dikongsikan lelaki tersebut di akaun TikTok miliknya bernama @bamzjsaputra. Lelaki itu pada awalnya menunjukkan bungkusan dendeng daging lembu yang dibukanya. Dia kemudiannya menunjukkan bahagian belakang bungkusan yang mengandungi cara penyediaan makanan itu.
Tetapi, lebih separuh daripada hidangan mentah itu sudah dimakan olehnya. Netizen mula membanjiri ruangan komen dan tidak kurang menyalahkannya kerana 'malas membaca'. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT