Ketika orang ramai sibuk memperkatakan tentang pelakon remaja Danish Iskandar yang terkait dengan lakonan watak gay, bapanya Muhammad Burhanuddin turut menarik minat netizen kerana memiliki wajah tampan.
Selain memuji wajah kacak, susuk tubuh yang sasa atau sado juga menjadikan Burhanuddin, 43, semakin popular. Kata Burhanuddin, dia mula terkena tempias selepas netizen 'menyiasat' latar belakang Danish Iskandar, 17, yang dikritik ramai kerana didakwa berani menerima tawaran lakonan dalam siri hubungan songsang berjudul Stay Away From Me.
"Sebenarnya tak ramai yang tahu Danish adalah anak saya, dalam setahun dua ni dia lebih aktif dalam drama berbanding dengan saya. "Tetapi selepas terjadinya kes ini, barulah mereka tahu yang rupa-rupanya bapa Danish ini adalah seorang pelakon," katanya kepada mStar. Tambah Burhanuddin yang juga seorang pelakon, jumlah pengikutnya di Instagram juga mula bertambah selepas kes membabitkan anaknya menjadi perhatian. "Orang mula stalk saya sehingga jumlah followers naik secara mendadak. Saya banyak habiskan masa bersama Danish, ke mana dia pergi saya ikut dan kami selalu workout bersama-sama," katanya yang turut bertindak sebagai pengurus anaknya itu. Pelakon dan juga model ini mula berjinak-jinak dalam industri seni secara separuh masa bermula 2006 dan kemudian memberi fokus sepenuhnya pada tahun 2015. Selain bidang lakonan, Burhanuddin juga menjual produk air secara dalam talian. Sementara itu apabila ditanya lanjut tentang kontroversi yang berlaku terhadap anaknya, Burhanuddin berkata, tiada unsur tema hubungan songsang dikesan ketika menerima skrip dan penerangan daripada pihak produksi. Tambahnya, mereka juga tidak dimaklumkan tentang kaitan aplikasi Blued iaitu laman sosial untuk komuniti gay atau homoseksual sehinggalah penggambaran tamat. "Kami sudahpun meneliti skrip sejak daripada hari pertama dan semuanya jelas tiada sebarang unsur yang mencurigakan. Jalan cerita yang diberitahu oleh penerbit juga menggambarkan satu persahabatan yang akrab antara dua individu. "Kami tiada masalah dengan penceritaannya dan pihak produksi memberitahu yang drama ini akan dipromosikan di aplikasi seperti WeChat. "Kami tak tahu yang video ini akan dipromosikan di aplikasi Blued sehinggalah hari mereka beri link kepada pelakon untuk membuat promosi aplikasi berkenaan. Kami terkejut dan menolak untuk membuat promosi aplikasi terbabit," ujarnya.-CARI Sumber: mStar Online
|
kucingitam replied at 13-12-2021 11:40 AM
mudanya bapak dia...
ADVERTISEMENT