Pihak berkuasa New Zealand menyiasat insiden seorang lelaki yang menerima 10 dos suntikan vaksin Covid-19 dalam masa sehari bagi pihak orang lain, lapor akhbar New York Post semalam.
Pengurus Operasi Kumpulan untuk vaksin Covid-19 dan program imunisasi di New Zealand, Astrid Koornneef berkata, Kementerian Kesihatan negara itu menyedari kejadian tersebut dan menganggap perkara itu amat serius. “Kami sangat prihatin dengan situasi ini dan sedang bekerjasama dengan agensi yang berkaitan,” katanya. Sementara itu, seorang pakar vaksin, Profesor Madya Helen Petousis-Harris, menggelar tingkah laku itu sebagai ‘sangat mementingkan diri sendiri’.
Menurutnya, tindakan itu boleh menyebabkan kemudaratan serius terhadap orang yang tidak diberi vaksin dan mereka mungkin boleh menyebarkan virus. Petousis-Harris berkata, lelaki yang mengambil beberapa dos vaksin Covid-19 itu mungkin tidak mengalami sebarang bahaya yang serius, namun berkemungkinan berasa tidak sihat pada hari berikutnya akibat tindak balas imun. Lelaki itu difahamkan telah melawat beberapa pusat vaksinasi dan telah dibayar untuk suntikan itu. Sumber: Kosmo
|
Orix replied at 13-12-2021 05:47 PM
x kojol pulak ekk
Samerosie replied at 13-12-2021 05:53 PM
Kalau kojol nanti cerita dia pindah lak ke salah satu thread kaka tumpang.
ADVERTISEMENT