CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sewa Seluruh Tingkat Wad Bersalin Demi Keselamatan Anak, Isteri

13-12-2021 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3064| Komen: 19

Pasangan selebriti popular Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora mengakui teruja menantikan detik bahagia mereka bergelar ibu bapa.


Lesti yang kini hamil tujuh bulan masih aktif menghadiri program hiburan bersama Rizky untuk berkongsi mengenai perancangan menyambut kelahiran bayi sulung mereka, kira-kira dua bulan lagi.


Kredit foto: IG Rizky

Lebih menarik, menerusi satu temu bual bersama YouTube Intens Investigasi, Rizky berkongsi perancangannya untuk menyewa seluruh tingkat wad bersalin di sebuah hospital ketika Lesti melahirkan anak mereka, dijangka lahir tahun depan.

"Saya sudah bertanya perkara ini kepada pihak hospital, tapi masih menunggu keputusan. Harap-harap saya dapat menyewa seluruh tingkat wad bersalin berkenaan," katanya.

Kata Rizky lagi, langkah itu diambilnya bagi menjamin keselesaan dan keselamatan isteri tercinta.

Tambah Rizky, dia turut menjangkakan keluarga mereka bakal menerima ramai tetamu selepas Lesti selamat melahirkan anak nanti.

"Saya juga perlu fikir apa yang terbaik kerana sudah pasti ramai tetamu yang akan datang menziarah isteri dan anak," katanya.

Dalam masa sama, Rizky dan Lesti berkongsi sudah mempersiapkan sebuah bilik khas untuk anak mereka yang kini digelar 'Baby L'.

"Buat masa ini, saya masih mencari barang untuk dekorasi bilik anak sulung kami. Insya-Allah, semuanya akan siap juga," katanya.


Kredit foto: IG Rizky

Mengikut perancangan, Lesti dijangka bersalin pada akhir Januari atau awal Februari tahun depan.

Rizky dalam satu temu bual lain, pernah memaklumkan dia berharap anak sulungnya itu lahir pada tanggal 2.2.2022.

Terdahulu, pasangan ini mengejutkan banyak pihak apabila memaklumkan bahawa mereka sebenarnya sudah bernikah sejak awal tahun ini.

Pasangan selebriti terkenal dari negara jiran ini juga sanggup mengadakan majlis pernikahan kali kedua mereka dengan diraikan dalam resepsi penuh gilang-gemilang pada 19 Ogos lalu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 13-12-2021 04:48 PM
Selfish. Habis tu org lain terpaksa postpone beranak sbb ko kaut semua katil. Dasar yindon dah kata still bodo.
Quote naina 13-12-2021 04:52 PM
Overrrrrrrrrr
Quote kikyou 13-12-2021 05:04 PM
Beranakla kat rumah. Buat wad khas utk bini beranak. Nnti boleh beranak hari2.
Selfish gila nak sewa satu tingkat khas utk dia sorg. Gila.
Quote prince_marhaen 13-12-2021 05:13 PM
feeling sangat ummah yendon feeling terpaling kaya ni... memasing acah dah nikah awal yerk....yang anak KD tu pun.. kalau tak dah edisi kalkulator versi yindon pulekkk...hihi
Quote mata.kail 13-12-2021 05:13 PM
Selfish la orang ni
Quote Suchi 13-12-2021 05:21 PM
Peliknya fesyen baju dia, anak KD tu umur berapa ya? Rasanya dia bbnu lagi kan kenapa nampak mcm dah berumur?

Lagi satu kan bentuk muka orang indonesia ni mmg jenis dagu camtu kan? Iols perasan bbrp org gitu
Quote Suchi 13-12-2021 05:23 PM
pxlbb replied at 13-12-2021 04:48 PM
Selfish. Habis tu org lain terpaksa postpone beranak sbb ko kaut semua katil. Dasar yindon dah kata  ...

Tah2 sbb ada perakaman video jd kena la kosongkan tingkat tu utk depa berangkut segala peralatan.
Mesti ada vblog punya kan
Quote Whatsofunnyth 13-12-2021 06:03 PM
pxlbb replied at 13-12-2021 04:48 PM
Selfish. Habis tu org lain terpaksa postpone beranak sbb ko kaut semua katil. Dasar yindon dah kata  ...

Iolss rasa diorang ni dpt mcm endorse la dari hospital tu. Lesti and laki sheolss ni pun bukan yg crazy rich sangat nk kaut semua katil tu.

Win-win solution la, Hospital dpt promote and diorang pun dpt vip treatment la
Quote helicornia 13-12-2021 06:08 PM
pxlbb: Selfish. Habis tu org lain ter ...

Baru nk ckp.selfish.jgn marah klu org dia yg bukan2 kt bini ko. Ko ingat duit kan buy everything?
Quote zie_indah 13-12-2021 09:02 PM
Pentingkan diri...igt klo kaya smua benda boleh buat sesuka hati sbb ada duit
Quote orkid_amani 13-12-2021 09:27 PM
Tak takut ka sorg² dalam ward..seram ok.lagi2 first time mum. Sepatutnya ada member xdak la seram..boleh sharing & support each others dgn mummy lain.
Quote missyL 13-12-2021 09:49 PM
Semoga dipermudahkn.
Xknl langsong lol
Tp just nk ckp baju suar yg dia pakai gmbr kedua buruk nye la hai. Dah cm humpty dumpty.
Elok pakai dress mcm sebelah tu
Quote syaz_lina 14-12-2021 06:18 AM
Merepek indon ni..habis hospital pun nk beli.
Quote DayangKirana 14-12-2021 08:57 AM
takde wad VVVVVVIP ke which usually they have their own floor or even wing kan?
caprut sangat nak bolot satu floor and kosongkan bilik2 lain..
Quote Artemesiaa 14-12-2021 12:04 PM
Kita tunggu je benar ke tidak masa hari kejadian nak komen lebih benda belum jadi
Quote exclusive_vvip 14-12-2021 10:52 PM
fefeeling Beyoncé n Jay-Z kah, sewa 1 floor
Quote Cik_jantung 15-12-2021 02:10 AM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 09:57 PM

..........
Quote Bumbu 17-12-2021 11:44 AM
Ikut suka kau la. Duit kau kan. Aku klu kaya pn nak sewa 1 hospital tu tuk aku sorg
Quote ina_na 19-12-2021 02:42 AM
Yg aku pelik 1 je.. br nikah dah nk bersalin.. tp ye la sape la aku nk beria2 pening..sana kan..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040332 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top