Baru baru ini, kecoh mengenai kejadian buli secara kekerasan atau ‘ragging’ di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar seperti rakaman video tular di media sosial.
Menurut BH Online, kejadian buli terbabit berlaku pada 9 Disember membabitkan mangsa dengan tujuh suspek lain yang semuanya merupakan pelajar Tingkatan 1 berusia 13 tahun. Kejadian buli tersebut turut mendapat perhatian Harith Iskander. Dalam perkongsiannya di laman sosial, Harith mengimbau kembali semua nama yang pernah menjadi mangsa buli sehingga kehilangan nyawa.
Bagi Harith, dia percaya bahawa budaya buli ini telah menjadi kebiasaan di kebanyakkan sekolah yang menganggap ia sebagai sebahagian daripada pendidikan di sesetengah tempat. Harith turut mempersoalkan kebaikan dan keburukan proses pendidikan berasrama penuh ini dan baginya sekiranya melibatkan nyawa, dia meninggalkan persoalan tersebut kepada netizen adakah tindakan tersebut berbaloi atau tidak. Tambahnya, jika kejadian buli ini berterusan, dia menjangkakan ketidakpercayaan ibu bapa terhadap sistem pendidikan dalam melindungi golongan remaja di sekolah. Kejadian buli tersebut telah mendapat perhatian ramai selebriti dan netizen. Terbaru, polis telah memanggil semua pelajar yang dikatakan terbabit termasuklah pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT