Kes buli di jalan raya tidak pernah kehabisan, semakin hari kian menjadi-jadi sehingga kadangkala mengundang pergaduhan serta kematian. Terbaru, viral di media sosial video seorang pemandu motosikal dipercayai bertindak membuli seorang pemandu wanita di sebuah jalan berdekatan Hospital Selayang menuju ke kompleks beli-belah Selayang Mall, Kuala Lumpur. Pemilik akaun, Iesya Toh berkongsi video kejadian itu berdurasi 25 saat itu menerusi hantaran Facebooknya. Penunggang motosikal itu dilihat sengaja menekan brek motosikalnya dihadapan kenderaan yang dipercayai dipandu oleh seorang wanita.
Tindakan penunggang lelaki terbabit menyebabkan pemandu wanita itu juga terpaksa menekan brek secara mengejut. Menerusi video itu juga, selepas menyedari tiada pelanggaran yang berlaku, kedua-dua mereka meneruskan perjalanan, namun tidak disangka lelaki berkenaan yang tidak memakai helmet mengulangi perbuatannya. Nampaknya, penunggang motosikal seperti mahu dilanggar supaya berlaku kemalangan. Perlu juga difahami bahawa sikap sesetengah pemandu di Malaysia yang sangat tipikal dan mementingkan diri sendiri. Oleh itu, sentiasalah berwaspada ketika di jalan raya dan jaga emosi serta elakkan daripada membalas pandangan mata atau melakukan pergerakan tangan tidak elok. Segara buat laporan polis dengan membawa bukti seperti rakaman dash cam (rakaman video berkenaan). -CARI |
cheezel replied at 15-12-2021 10:48 AM
Kereta pmpn mmg kena tinted la cmni
venomie1 replied at 15-12-2021 12:02 PM
geng geng kicap ni mmg typical bawak moto tak pakai helmet, cakap dgn telefon sambil bawak moto dan ...
Jitu replied at 15-12-2021 11:46 AM
kenapa pulak ni
ada apa2 ke yg berlaku sebelum tu
org pompuan bawak kereta paham2 je lah
nolya replied at 15-12-2021 01:21 PM
Never estimate lady drivers OK. I dulu pun bawa kereta mcm pelesit, esp kalau nak kejar punch card ...
Jitu replied at 15-12-2021 11:00 PM
bkn semua mcm tu tp kebanyakan mmg mcm tu lady drivers ni
mudah kelam kabut bila memandu
ADVERTISEMENT