CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cukup Sifat, Masih Bertali Pusat- Mayat Bayi Di Tempat Pelupusan Sampah Cheras

14-12-2021 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1483| Komen: 16

Petaling Jaya:  Polis mengesan ibu bapa kepada seorang bayi perempuan yang ditemukan tidak bernyawa selepas dibuang di tempat pelupusan sampah Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, petang semalam.


Mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemukan seorang pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika mengambil sampah di bawah flat berhampiran tempat letak kereta bertingkat, di Flat Bandar Tun Razak pada pukul 5 petang. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mayat bayi itu.


Foto: Utusan Online


“Mayat bayi ini dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras untuk bedah siasat.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tiada tangkapan dilakukan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Muhammad Idzham, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi,” jelasnya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bored_atticus 14-12-2021 11:47 AM
Why??
Ada 9 bulan untuk cari keluarga angkat untuk bayi itu.
Kenapa ending dia, buang dalam sampah?
Quote lyshafull 14-12-2021 11:52 AM
If x mampu nak tanggung / terlanjur bolh guna protection kene dah malaysia ni aware bnde2 mcm ni … masa tu ade org raisedkan awarenes mcm biasa l kene kecam berjemaah kata galakkan lagi zina .. org zamn skang dh x fikir haram zina dh dalam pale fikir jk sedap je ….
Quote Artemesiaa 14-12-2021 11:55 AM
Dah bermula nampaknya pasti ada lagi lapuran seumpamanya nanti
Quote tumpanglalu74 14-12-2021 12:09 PM
Kat landfill ney sume..

Quote lattehazelnut 14-12-2021 12:20 PM
Yang xboleh bla kalau mengandung 9 bulan n family xnotice..
Quote whimsicalmusic 14-12-2021 12:40 PM
Murung hari aku tgk gmbr tu even blur..dibuang nya mcm sampah..hoi tu manusia kot..speechless
Quote Thunderclouds 14-12-2021 12:55 PM
Mulayu kan?? Kwn2 pulis yg hadap kes mcm ni habaq mmg bulih murung.  Jantan lapaq apam,betina gatai **** , guna la protection bodo! Hg nk zina biaq cherdik sket. And i xheran kalo ada makpak 2x5 subahat soh buang bby mcm yg jd kt putrajaya dlu tu. Tkantoi ada cctv. Sgt2 xcherdik! Mulayu,bila la nk bijak. Baby merah2 pn gamak p buang!
Quote LoveSungmin 14-12-2021 01:14 PM
katanya budak 15 tahun yang beranak.. kemurungan i dari semalam masa dapat tau pasal kes ni..
Quote delia3003 14-12-2021 01:33 PM
Edited by delia3003 at 14-12-2021 01:41 PM

I dapat gambar yg tak blur dalam group whatsapp terus delete, tak sanggup nak tengok. Dengar nye dah dapat kesan pelaku, remaja 15 tahun.

Heran macam mana family boleh tak perasan langsung. Takpe ler, I bersangka baik, parents penat kerja siang malam demi kelangsungan hidup.

Area flat dekat dgn stesen LRT BTR je ni.
Quote tumpanglalu74 14-12-2021 01:37 PM
Abang tak masok..
Quote prettyuglybabe 14-12-2021 01:45 PM
budak flat.. nak kata apa..

Quote missyL 14-12-2021 03:37 PM
Allahuakbar. Harap2 mse dibuang bayi ni dah meninggal..

Kesian nye..
Tp tula. Mungkin ni terbaik tok bby ni. Klo die hidup tanpa sebarang pengenalan diri ssh jgk die

Tp semoga dilaknat ibu bapa die.
Harap2 dpt balasan didunia.
Quote missyL 14-12-2021 03:39 PM
delia3003 replied at 14-12-2021 01:33 PM
I dapat gambar yg tak blur dalam group whatsapp terus delete, tak sanggup nak tengok. Dengar nye dah ...

U... Mase buang bby msih hidup ke..
Sedih nye
Quote JunkMail 14-12-2021 03:50 PM
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mayat bayi itu.



Tak logik betul ayat ni .. takkan lah orang buang baby tu nak letak sekali surat beranak.
Quote mawarkhayalan99 14-12-2021 03:57 PM
astaga dik kenapa la ko tak bagi org lain yg bela. betapa ramai nya org menunggu zuriat sendiri. tp yang senang dapat pun senang je buang.
Quote Decaffeinated 14-12-2021 04:50 PM
aku speku yang kerjakan budak pompuan ni bukan sorang


Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.206915 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top