CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan Nasi 2 Kali Sehari, Selalu Habiskan Makanan- Anak 7 Tahun Didera Sebab Kuat Makan

14-12-2021 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1944| Komen: 16

Padang Lawas Utara: Seorang kanak-kanak lelaki didera oleh ibu bapa dan abangnya hanya kerana dia sering menghabiskan makanan.

Menurut polis, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu kerap didera ibu bapanya di rumah mereka di Padang Lawas Utara, Sumatera Utara.

Jurucakap polis, Roman Smaradhana Elhaj berkata, ibu bapa dan abang kanak-kanak itu sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.


Foto: Agensi

“Berdasarkan pengakuan ketiga-tiga suspek itu, mereka sering mendera mangsa kerana sikapnya yang suka menghabiskan makanan.


“Mangsa pernah dipukul menggunakan getah tayar terpakai sehingga badannya luka hanya kerana makan nasi dua kali,” katanya.

Perkara yang menimpa kanak-kanak itu disedari oleh seorang penduduk kampung yang menemukan mangsa dalam keadaan penuh luka pada badannya.

Selepas itu, penduduk kampung tersebut memuat naik video menunjukkan mangsa memberitahu dia sering dipukul keluarganya kerana sering menghabiskan makanan.

Video itu tular dalam media sosial sehingga mendapat perhatian polis.

Sementara itu, ketiga-tiga suspek boleh dipenjara tiga tahun jika disabit kesalahan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 14-12-2021 12:19 PM
Memang boley gile..

Quote whimsicalmusic 14-12-2021 12:38 PM
Catu mknn kot..mmg blh buat gado kalo xphm bahasa..tp bdk mmg kuat mkn pn
Quote krustykrab 14-12-2021 12:55 PM
Dah tau miskin nak makan pun bercatu, awat la pi membiak lagi..
Quote Artemesiaa 14-12-2021 01:53 PM
Dah tahu budak tengah naik kuat makan ajar ler makan benda lain sama.  Selalu kawasan kampung kat sana tu ada je tanam ubi ke apa.  Jangan sampai jadi pendera sebab nak catu makanan.
Quote Mahathirina 14-12-2021 02:10 PM
Disgusting parents!

Quote Samerosie 14-12-2021 02:13 PM
La budak lelaki memang kuat makan ni lak umur2 camtu.  Tapi tengok jugalah adakah budak tu jenis melahap je kerja sekali memang obese dan tamak tapi malas asik tergolek2 yg buat parents dia angin atau kena tolong parents buat kerja berat tu yg kena refill je.  
Quote jas7512 14-12-2021 02:24 PM
Budak mmglah kuat mkn. .i ni risau anak jiran dan anak2 sedara i x kuat mkn..takut x ckp nutrien dlm bdn..mknan selalu bersisa..klu bdk ni duk dkt dgn kejiranan i..mmg acik bg kau mknan yg ada kat umah ni nak
Quote Mooverine 14-12-2021 02:27 PM
kesiannya baru 7 tahun umur
Quote chinta89 14-12-2021 03:43 PM
jgn la tambah anak kalau bab makan pun bercatu x blh bagi anak mknn yg ckup
Quote missyL 14-12-2021 04:52 PM
X slh budak tu. Baru 7thun
Klo xnk bg die mkn pn xperlu smpi dera smpi cedera.

Tlg la sediakn makanan tok anak2 klo suke beranak
Quote Suchi 14-12-2021 04:58 PM
Anak kuat makan patut mak pak lega, budak kalau tak selera makan sehari je dah turun berat  byk pastu sekejapan je jd kurus ibarat malnutrisi. Kang kalu g sepital mau doc wat report polis igt ko dera anak tak bg makan sbb anak kurus ja.
So biarlah dia suka makan, org lain kemain risau anak payah nak makan.
Melainkan budak tu obes kena diet boleh la ko nak catu2 tp kalau badan pun kering kontang biar jela nk mkn.
Quote Adrif 14-12-2021 06:11 PM
Suchi replied at 14-12-2021 04:58 PM
Anak kuat makan patut mak pak lega, budak kalau tak selera makan sehari je dah turun berat  byk past ...

kan. aku pun lega kalau budak kuat makan

haritu anak buah tanak makan. badan dari bulat, sekejap je slim. risau wehh. dah la kecik lagi
Quote jahcomel 14-12-2021 06:22 PM
Sy suka kalu ank jnis kuat mkn, bru ade mood nk masak.. Kalu y jnis ank cerewet adoiiii mls rase nk masak, biasa lh umo cam gini kuat mkn tgh nk mmbesar...jgn lh ddera kesian...
Quote Skuau 14-12-2021 07:09 PM
"dia betul2 orang gagah tuan...sekali makan..habis 5 pinggan"-Asst Director (kpd) Ahmad Nisfu
Quote syaz_lina 14-12-2021 07:12 PM
Dah tau meskin ko pakai la kondomm bodow yindon ni
Quote ipes2 15-12-2021 11:09 PM
sudahlah miskin, ingin pula beranak, selepas itu pukul hanya kerana nak makan nasi 2 kali. hina pasangan ini.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.038572 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top