Presiden Rusia, Vladimir Putin menzahirkan kekecewaannya terhadap kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991 sehingga menyebabkan beliau terpaksa bekerja sebagai pemandu teksi bagi mencari pendapatan tambahan.
Ekonomi di negara ini berdepan kesukaran akibat kejatuhan Soviet dan menyaksikan penduduk Rusia terpaksa mencari pelbagai alternatif untuk mencari duit dan meneruskan kehidupan. Putin menyifatkan kejatuhan itu sebagai ‘lenyapnya sejarah Rusia’. Pemimpin berusia 69 tahun itu mendedahkan perkara tersebut dalam satu dokumentari yang disiarkan di saluran televisyen tempatan, semalam.
“Kejatuhan Kesatuan Soviet telah meruntuhkan sejarah Rusia dan saya percaya, Barat ketika ini terus menunggu untuk melihat kejatuhan Rusia. “Saya akui saya berasa sangat kecewa dengan kejatuhan itu, selain menyaksikan saya perlu mencari duit tambahan dengan menjadi pemandu teksi. “Hal ini bukan mudah untuk didedahkan, namun itulah yang berlaku dan saya masih ingat tentang semuanya,” kata Putin. Ketika itu, perkhidmatan teksi bukan menjadi kebiasaan di Rusia, namun boleh memberikan pulangan yang lumayan. Sumber: Utusan
|
Orix replied at 14-12-2021 03:57 PM
eh serius lah putin ni dulu jd drebar teksi ?
copy_paste replied at 14-12-2021 04:27 PM
masa muda2 dulu kot,
kan dia habaq dah tu
doubleharmonic replied at 14-12-2021 04:35 PM
motip nak kena jaja citer susah masa dulu persis mo anak didik mikey mouse jahh? ko nak keluar produ ...
JunkMail replied at 14-12-2021 03:56 PM
Apa kena pulak encik Zjen ni tiba-tiba merempan..jeles Putin bawak teksi ke?
JunkMail replied at 14-12-2021 03:56 PM
Apa kena pulak encik Zjen ni tiba-tiba merempan..jeles Putin bawak teksi ke?
ADVERTISEMENT