CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sangka Jelmaan Mendiang Suami, Nenek Kahwin Lembu Selepas Dicium

14-12-2021 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2503| Komen: 25

Sebuah video tersebar yang menunjukkan seorang wanita Kemboja hidup dalam ‘kebahagian rumah tangga’ dengan seekor lembu, dipercayai merupakan penjelmaan semula suaminya yang telah mati.



Kredit foto: Reuters

Khim Hang, 74, tinggal di wilayah timur laut Kratie, Kemboja, mengakui memutuskan untuk berkahwin dengan lembu itu selepas lembu itu menciumnya dan mengikutnya masuk ke dalam rumah.

Khim Hang juga merasakan lembu itu mempunyai perwatakan yang sama dengan suaminya yang telah meninggal dunia.


Kredit foto: Reuters

Upacara perkahwinan pelik itu tidak ditayangkan dalam video tersebut tetapi penduduk kampung yang hadir mendakwa perkahwinan itu telah dijalankan.

Menurut laporan The Sun, Hang membawa lembu itu masuk ke dalam rumah, memandikannya dan menyediakan tempat tidur yang selesa dengan tilam dan bantal.


Kredit foto: Reuters

Tilam itu sama seperti yang digunakan oleh mendiang suaminya, Tol Khut, yang telah meninggal dunia tahun lalu.

Isteri yang bersedih itu mengatakan roh suami datang kepadanya apabila lembu itu menjilat rambut dan leher, kemudian menciumnya.

Lembu itu turut mengekorinya masuk ke dalam rumah, yang membuatkan dia cukup yakin bahawa mendiang suaminya telah dilahirkan semula.


Kredit foto: Reuters

“Saya percaya lembu itu adalah suami saya kerana apa sahaja yang dia lakukan betul-betul sama seperti suami saya pernah lakukan semasa dia masih hidup,” kata Hang kepada Reuters.

Dalam pada itu, anak lelaki Hang juga mempercayai dakwaan ibunya dan sentiasa mengawasi lembu itu supaya tidak berkeliaran jauh dari rumah mereka.
 
Menurutnya, dia juga dapat merasakan ‘semangat bapanya’ dalam haiwan itu.

Hang mengarahkan anak-anaknya menjaga ‘bapa’ mereka sehingga haiwan itu mati malah turut menegaskan pengebumian perlu sama dengan manusia jika lembu itu mati. 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 14-12-2021 03:04 PM
kesiannnnnnnnnnn
Quote aznizazzadele 14-12-2021 03:05 PM
haisshhh... macam-macam gila ada sekarang ni
Quote whimsicalmusic 14-12-2021 03:12 PM
Just nk komen rumah tu n lembu tu nmpk bersih and dijaga..
Quote copy_paste 14-12-2021 03:36 PM
aduhh,kesian.... dia samakan suami dia mcm lembu,
Quote Cik_jantung 14-12-2021 03:48 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 10:06 PM

..........
Quote VirusDetected 14-12-2021 04:04 PM
aneh2 jer la...
cian c mati disamakan ngan lembu

anak ngan mak sama jer...
Quote DayangKirana 14-12-2021 04:24 PM
lonely soul...
Quote hareeeesah 14-12-2021 04:27 PM
Nak komen rumah dia bersih cantik..
Quote mamajawie 14-12-2021 04:29 PM
huntong acik ni dapat merasa ciknek lagi besaq dari mendiang somi..
Quote unguaurora 14-12-2021 04:38 PM
Suka hati kau la nekk.. lembu pun lembu la asal berlaki
Quote Belibis 14-12-2021 04:49 PM
mamajawie replied at 14-12-2021 04:29 PM
huntong acik ni dapat merasa ciknek lagi besaq dari mendiang somi..

Ya kaa?? Kot2 sama size,sebab dia kata lembu sangat mirip suaminya.
Quote seri_mawr 14-12-2021 05:01 PM
ni baru kena...laki kau lembu....
Quote Artemesiaa 14-12-2021 05:28 PM
Kena dibawa jumpa pakar jiwa bahaya kalau dibiarkan terlalu lama
Quote holothurian 14-12-2021 07:03 PM
ghisauuuuuu...
Quote syaz_lina 14-12-2021 07:07 PM
Dah kenapa acik kawen dengan lembu?
Quote edayildiz 14-12-2021 09:00 PM
lembu ni xspray mcm kucing ker..kang dia shishi kt tepi langsir la..tepi dinding la..pelikkkkk kan..gila ni byk jenisss...
Quote matbad 15-12-2021 03:23 AM
edayildiz: lembu ni xspray mcm kucing ker ...

mgkin suami beliau mcm tu dah kata sama belaka
Quote naina 15-12-2021 05:57 AM
Sekali dia berak serumah bau
Kencing dia dahlah deras macam paip
Naya2
Yang aneh2 jelah nenek
Mendowngrade kan Suami manusia kepada lembuuu
Quote TOPwind 15-12-2021 07:11 AM

lembu tu kena loteri

atau mcm janda dapat somi semua ditangung beres

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.081814 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top