CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kami Pernah Bertengkar Demi GV8 ,"- Sa.Ya

15-12-2021 10:12 AM| Diterbitkan: usopikhwan| Dilihat: 4355| Komen: 21|Original author: usopikhwan



Nampaknya Gegar Vaganza musim 8 semakin sengit apabila sudah empat minggu bersiaran secara langsung di kaca televisyen. Apa yang menariknya, peserta paling kontroversi yang dikatakan tidak layak sertai GV8  oleh netizen kini sudah berjaya membuktikan bahawa mereka juga mampu setanding dengan artis berpengalaman yang lain. Siapa lagi kalau bukan Saiful Apek dan Yassin Senario ( SA.YA ), yang kini menjadi bualan hangat netizen apabila mampu melangkah ke minggu seterusnya. Walaupun tidak pernah mendapat tempat ketiga teratas tetapi mereka berjaya menjadi Bintang Cuckoo Paling Gempak sebanyak tiga kali berturut-turut.


Pada minggu ke-empat SA.YA perlu membawakan lagu Getaran Jiwa nyanyian Allayarham Tan Sri P.  Ramlee. Walaupun mendapat tempat ke-lapan tetapi SA.YA berjaya membawa kelainan pada lagu itu. Dalam satu sidang media baru-baru ini, Apek memberitahu dia suka dan puas hati derngan persembahan malam ini.


“ Ya, kami enjoy dan berpuas hati dengan lagu ini. Walaupun nampak lagu ini mudah tetapi sebenarnya berat untuk kami, banyak persiapan yang kami telah buat sebelum pertandingan dan hasilnya dapat dilihat malam tadi. Ramai tak tahu Tok Ram buat arrangement seperti itu untuk menutup aib kami sebenarnya”. Katanya kepada F8Buzz.



Ditanya pernahkah SA.YA bertengkar selama program GV ini berlangsung. Menurut apek mereka memang pernah bertengkar tetapi bukanlah pertengkaran peribadi.


“ Dia bukan peribadi punya pertengkaran tetapi lebih kepada pertengkaran motivasi.  Kami  bertengkar pun kami  gunakan rujukan, misalnya Tok Ram kata macamni kami perlu buat macamtu. Kami tidak mahu gunakan pendapat peribadi masing-masing kerana ia boleh merosakakan mood kami sebelum pertandingan”. Katanya



Selain itu mereka berdua turut mengakui sejak masuk GV8, pengikut IG dan TIKTOK mereka meningkat naik.


“ Ya, kami akui pengikut kami naik sejak masuk Gegar Vaganza. Ramai DM kami termasuk yang memberi komen positif dan negatif. Ada yang memberi komen berkata “ cukup-cukup lah tu buat lawak je takyah la menyanyi” . Kami menerima komen itu dengan hati terbuka, lagipun kami ramai askar yang akan membalas komen tersebut dan kami tidak perlu bersusah payah membalas komen tersebut. Kami selalu berpegang pada kata-kata artis yang lebih lama dari kami  “dik jangan hidup dik puji dan jangan mati dik keji," Katanya.


Ditanya spontan  mampukah masuk sampai ke final? Jawab Apek dan Yasin sambil ketawa “ kami akan sampai ke final  cuma bezanya kami di atas buat persembahan atau kami di bawah sebagai penonton. Untuk minggu keempat menyaksikan Adibah Noor sebagai juara manakala Dato' Fazley Yaakob tersingkir. Akhir kata, tiada yang mustahil untuk dua pelawak lagenda ini masuk ke peringkat akhir. Sebagai peserta bukan pilihan pastinya kurang tekanan dan persembahan pasti menjadi santai dan menarik. Jadi  Apa Pendapat Anda? -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 15-12-2021 10:35 AM
yang bangang sangat cakap dorang xoenah menyanyi tu da kenapa?kan senario memang penah ada album dulu..benyai otak
Quote stingerboss 15-12-2021 10:38 AM
eerrrr....eeerrrrr....eeerrrrr

Im sure you guys sedar bahawa korang dioffer utk.ambil bahagian just utk meriahkheun program....utk melengkapkheun numbers?

So please...know your place...
Quote AshkieLa 15-12-2021 11:02 AM
okay je diorg ni sebagai entertainer.
kalau diorg takde, level mengantuk GV8 mau di skala 10...
apepun mohon apek perbaiki nyanyian...
kesian yassin kena cover...
Quote mizruncing 15-12-2021 11:08 AM
best je dorang ni. tiap2 mgu ternanti persembahan dari SAYA. semoga terus sukses smpai ke final sbb tak sabar nk tgk dorang rap battle tu
Quote aegisrunestone 15-12-2021 11:08 AM
AshkieLa replied at 15-12-2021 11:02 AM
okay je diorg ni sebagai entertainer.
kalau diorg takde, level mengantuk GV8 mau di skala 10...
apep ...

Sokong. Yassin banyak cover apek
Quote stingerboss 15-12-2021 11:08 AM
AshkieLa replied at 15-12-2021 11:02 AM
okay je diorg ni sebagai entertainer.
kalau diorg takde, level mengantuk GV8 mau di skala 10...
apep ...

Entertainer yes tapi the chunk of pengadilan adalah pada mutu nyanyian...which obviouly theey are like langit dan bumi ini comparison dgn yg lain....alipp, nikki, deeb, suki

Quote She-Ra 15-12-2021 11:11 AM
"kami akan sampai ke final  cuma bezanya kami di atas buat persembahan atau kami di bawah sebagai penonton"

betul sangat

ini level penghibur.. senario segala benda dorg boleh buat
siapa membesar dgn senario mesti tau.. dorg bkn pelawak je, album pun byk.. lagu pun masuk AJL, filem kutipan box opis jota lemon

terus terang, tgk GV kalini pn mmg tunggu turn SaYa.. sb nk hiburan yg menghiburkan jeee
Quote mojarean_X 15-12-2021 11:11 AM
mamajawie replied at 15-12-2021 10:35 AM
yang bangang sangat cakap dorang xoenah menyanyi tu da kenapa?kan senario memang penah ada album dul ...

Kan. Jualan ratus2 ribu unit
Quote twins 15-12-2021 11:11 AM
apek & yassin dua2 produk  Sinar Pasport Kegemilangan..
biasanya produk Sinar ni dorang serba boleh.. sbb tu geng2 senarion tu
semua bukan hanya boleh berlawak tp boleh berlakun & menyanyi pun....
pada yg pandang enteng kat dorang ni jangan terkujat kalau tup2 dorang ni
masuk final pulak nanti....
Quote Mary_jane 15-12-2021 11:15 AM
Apek suka buat suara lain. Pelik dengar.
Quote stingerboss 15-12-2021 11:21 AM
twins replied at 15-12-2021 11:11 AM
apek & yassin dua2 produk  Sinar Pasport Kegemilangan..
biasanya produk Sinar ni dorang serba boleh. ...

Bila sebut pasal nyanyi....baby timoh pun boleh nyanyi....baby noise la.....tapi jika pentas gv ini lebih utk menonjolkan mutu nyanyian dan kepelbagaian kualiti genre yg ingin dilihat pada peserta...then like i said...kehadiran SA.YA ini tidak lebih sebagai penyeri majlis pertandingan ini....
Quote chandrahusin 15-12-2021 11:34 AM
Go Sa.Ya
aku tak tengok GV sbb takde Astro
tapi mmg tengok video Sa.Ya
they delivered well so far
menghiburkan
Quote babelina 15-12-2021 11:54 AM
aku mmg suka sorg bdua dari dulu.. aku suka cara Apek jwb soalan.. dan mmg dua2 best...
Quote mamapea 15-12-2021 11:58 AM
mggu ke2 yassin mmg kelakar nyanyi lagu gerhana...janji janji janji palsu mu
Quote marchikobonzo 15-12-2021 01:54 PM
Go SaYa! Nak kata sedap nyanyi tu memang la kurang, tapi diorang memang tahap entertainer..tetiap minggu tunggu diorang
Quote stingerboss 15-12-2021 01:57 PM
marchikobonzo replied at 15-12-2021 01:54 PM
Go SaYa! Nak kata sedap nyanyi tu memang la kurang, tapi diorang memang tahap entertainer..tetiap mi ...

BANYAK kurangnya bukan sekadar kurang....dari sudut nyanyian teknikaliti...
Quote stingerboss 15-12-2021 02:02 PM
mamapea replied at 15-12-2021 11:58 AM
mggu ke2 yassin mmg kelakar nyanyi lagu gerhana...janji janji janji palsu mu

Persembahan serta stage presence bukan sekadar buat lawak bodoh atau kurang bodoh tapi juga dilihat dari penampilan, dan bagaimana kita menakluki pentas to be like ours dan buat penonton termanggu ditempat duduk masing masing dan bukannya a body language yg seolah memberi isyarat.."bilaka nyanyian ni nak habis?"
Quote haruno_sakura 15-12-2021 02:17 PM
Edited by haruno_sakura at 15-12-2021 02:18 PM

Dlu masa nmpk dorg wakil senario join GV ni dh terpikir ala tak lama nya ni kjp je dh tersingkir. Tp bila dh tgk saban minggu boleh nmpk potensi dorg utk bersaing dgn yg lain. Unexpected la kebolehan dorg dlm nyanyian. not bad. Better than fazley la hehe
Quote marchikobonzo 15-12-2021 02:28 PM
stingerboss replied at 15-12-2021 05:57 AM
BANYAK kurangnya bukan sekadar kurang....dari sudut nyanyian teknikaliti...

Undeniable. Tapi better la dari menantu, upiak, nico, bandi...boleh la kalau nak bertahan 3-4 minggu lagi

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.033947 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top