CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berderau Darah Diminta Bayar Ganti Rugi Jet Ski Terbalik RM5,000

14-12-2021 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4994| Komen: 42

Seorang pelancong yang menggunakan perkhidmatan jet ski di Pantai Chenang di sini baru-baru ini mendakwa dia diminta membayar RM5,000 bagi ganti rugi selepas jet ski itu terbalik kerana dipukul ombak.


Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Dla Afindi itu berkata, jet ski tersebut dinaiki oleh adiknya.


Gambar hiasan

Tambahnya, jumlah itu dinyatakan di dalam borang yang perlu ditandatangani sebelum pengunjung menggunakan perkhidmatan tersebut.

Menurutnya lagi, disebabkan keseronokan dan keterujaan untuk bermain jet ski, dia terlupa untuk membaca terma dan syarat dalam borang yang ditandatanganinya.


Jelasnya lagi, pemilik jet ski kemudiannya meminta ganti rugi RM3,000 daripadanya, dan akhirnya dia membayar ganti rugi yang tidak dinyatakan.



Dia turut mengingatkan pengunjung lain untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan menyediakan wang lebih. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 14-12-2021 06:18 PM
Adoii gitu kee takjadi aku nak try naik
Quote naina 14-12-2021 06:21 PM
Kalau camtu takyah naik
Memang la ada kemungkinan akan terbalik
Ohh senang untung atas angin
Takkan terbalik je terus rosak
Lepas ni sapa2 dah takyah naikkk
Quote KIM.K 14-12-2021 06:23 PM
Mintak resit baikpulih
Quote holothurian 14-12-2021 06:58 PM
mmg tak bersentuh dan disentuh la jetski nie nnt..
Quote Acikporemkau 14-12-2021 07:01 PM
Memang tak laaaa
Quote cmf_premierleag 14-12-2021 07:01 PM
tak geli ke main jetski kt langkawi tu?
penuh sampah sarap jah kat laut tu
ada ummah share kt tiktok ms mula2 lps pkp dulu..smpi nak pecut pun mcm geli jah nk main
lokasi ms tu yg akak ingat dlm bideo tu mengadap hotel westin

Quote drivethru 14-12-2021 07:02 PM
2 minggu lepas, aku pun naik jet ski kat chenang. Sbb murah rm120/30minit. Mmg dorang ada bagitahu gantirugi kalau berlaku kemalangan. RM1500 kalau bot terbalik, RM10k kalau jet ski pecah excident. Ombak mmg kuat masa tu. Mmg takut2 nak bawak tu. Last2 aku suruh staff dorang yg bawak kan anak aku naik jet ski.
Quote Belibis 14-12-2021 07:03 PM
Kalau miskin takpayah melancong.
Acikporum terkaya cakap..
Quote adm7 14-12-2021 07:04 PM
Naik banana boat je. Dah tentu tak pyh bayar ganti rugi kalau terbalik
Quote missus_meow 14-12-2021 07:09 PM
tak yah berjet ski lah mcm tu ...
Quote Thunderclouds 14-12-2021 07:16 PM
Dh tbiasa kan xbaca t&c. Nk harap org ulang2 bgtau pakai mulot xdak lar. Igt pesan acik porum kt atas,miskin xyah holiday.
Quote Samerosie 14-12-2021 07:18 PM
Dia sewakan kat org dia ada insurance tak?  Kalau jet ski tu meletop time org tengah guna, org tu apa cerita? Adakah dia akan bayar ganti rugi kat penyewa.
Quote ilacantik 14-12-2021 07:27 PM
Bukan dari dulu memang gitu ke T&C. Ingat lagi adik ipar meols citer masa dia hanimoon kat langkawi, saing satu kapel arab kerek sama2 nak main jetski.  Sekali berlagak poyo acah2 nak race jetski dgn adik ipar meols, terbalik jetski tu. Padan muka kena bayar ganti rugi.
Quote dani-rox 14-12-2021 07:47 PM
Tambahnya, jumlah itu dinyatakan di dalam borang yang perlu ditandatangani sebelum pengunjung menggunakan perkhidmatan tersebut.


Menurutnya lagi, disebabkan keseronokan dan keterujaan untuk bermain jet ski, dia terlupa untuk membaca terma dan syarat dalam borang yang ditandatanganinya.

Quote Cik_jantung 14-12-2021 07:57 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 10:08 PM

..........
Quote Samerosie 14-12-2021 09:02 PM
Cik_jantung replied at 14-12-2021 07:57 PM
Kenapa dorang x ambik insuran jer .. sekali naik pengguna  kena bayar insuran 20 ringgit ke.. ke xde ...

Entah2 derang pun tak boleh ambil insurance.  Sewa atas sewa lepas tu untuk personal use.  Aleh2 bawak ke beach sewakan tanpa lessn. Tu sebab paksa tourist bayar banyak tu padahal entah dia buat apa duit tu and dia tau most of the time, orang yg tak biasa bawak akan terbalik.
Quote asudau 14-12-2021 09:05 PM
Kalau x pandai bawak, usahlah naik kan. Kalau x de duit yg banyak, usahlah naik jetski ni, teringat kes kat phuket ari tu..
Quote SalenaGomez 14-12-2021 09:11 PM
cmf_premierleag replied at 14-12-2021 07:01 PM
tak geli ke main jetski kt langkawi tu?
penuh sampah sarap jah kat laut tu
ada ummah share kt tiktok ...

Huhuhu…my friend pegi PD main banana boat…skali jumpa tahi manusia time banana boat terbalik…uweekkkk

Frankly, kalau SG sendiri mmg x sanggup mandi air PD sbb terang2 nampak air longkang dr hotel or lain2 tempat,  hala ke pantai
Quote Firenzza 14-12-2021 09:33 PM
Samerosie replied at 14-12-2021 07:18 PM
Dia sewakan kat org dia ada insurance tak?  Kalau jet ski tu meletop time org tengah guna, org tu ap ...

Skiing at your own risk sis

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.034441 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top