Baru-baru ini tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi video serta gambar mereka bermain dengan salji.
Bagaimanapun, fenomena itu bukanlah benar-benar berlaku sebaliknya ia merupakan tarikan terbaharu di sebuah taman tema terkenal, Genting Highlands. Difahamkan, taman tema itu menawarkan tarikan baharu di mana orang ramai berpeluang merasai pengalaman bermain dengan salji. Melalui perkongsian beberapa pengguna sosial mendapati, objek seakan-akan salji itu juga sebenarnya adalah merupakan buih sabun.
Tinjaun Kosmo! di media sosial mendapati, selain menimbulkan tanda tanya, ramai pengguna memuji tarikan baharu tersebut. “Dah pergi semalam, satu jam sekali turun, dalam 10 minit. Untuk bergambar dengan rakam video memang cantik, dengan cuaca sejuk memang boleh ‘feeling-feeling’ macam di luar negara,” kata Sofea. “Pertama kali tengok video orang share aku terkejut juga sebab ingatkan betul-betul, dengan kabus tebalnya. Salji tipu-tipu rupanya,” ujar Azizan Lee pula. “Bawa budak-budak seronoklah mereka, tapi anak aku pun pandai kata mama ni bukan salji, buih je,” kata Puan Nazree. Sumber: K! ONLINE
|
adelea replied at 14-12-2021 07:33 PM
Dulu depan ecurvw pon ada buat
Normabaru: Kreatif nk panggil org panjat ...
nuryakmal: Kat club biasalah foam-foam ni. Nothing new lahh
ADVERTISEMENT