CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Bakar Dan Keluar Bau Wangi, Peniaga Tak Sabar Nak Jual Muntah Paus

15-12-2021 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3244| Komen: 23

Chukai: "Kalau kena dengan harganya saya akan jual," kata Aida Zurina Long, 41, yang bersedia menjual ketulan yang dipercayai muntah ikan paus yang ditemuinya.


Aida berkata, setakat ini, dia tidak menerima sebarang panggilan daripada mana-mana pihak yang menyatakan minat membeli muntah ikan paus terbabit.

"Saya bersama suami dan ayah sudah berbincang dan bersetuju untuk menjual 'barang' ini. Kalau ada yang berminat boleh datang berbincang.

"Saya sudah timbang muntah ikan paus ini. Beratnya melebihi lima kilogram dan kini muntah itu menjadi sedikit keras berbanding ketika saya menemuinya pada November lalu ,"katanya.


Foto: Harian Metro


Katanya, dia dan suaminya sudah menguji dengan membakar ketulan itu dan ianya meleleh seperti lilin serta mengeluarkan bau yang wangi,

"Kami membuat ujian itu sebagaimana yang saya lihat di Internet dan hasil ujian itu seakan sama sebagaimana muntah ikan paus yang asli.

"Jadi saya tak letak benda itu seratus peratus asli dan sekiranya ada pihak ingin membuat ujian di makmal bagi mengesahkan kesahihan benda ini saya bersedia untuk bekerjasama," katanya.

Aida berkata, setakat ini dia dimaklumkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menawarkan kepakaran untuk mengesahkan ketulenan muntah ikan paus terbabit.

"Setakat ini saya tidak mendapat panggilan daripada UMT dan saya sedia memberi kerjasama," katanya.

Pada Januari lalu, seorang nelayan di Thailand, Chalermchai Mahapan, 20, menemui ketulan lilin yang dipercayai muntah ikan paus dan berjaya menjual dengan harga bernilai 210,000 paun (RM1.16 juta).

Penemuan muntah ikan paus sebelum itu turut ditemui nelayan di Bengkelulu, Indonesia pada 2017, sekali gus menjadi jutawan segera dengan berjaya menjual muntah terbabit seberat 150 kilogram dengan harga 22 juta rupiah sekilogram membolehkan dia memperoleh 3.3 bilion rupiah (RM927,000).

Muntah ikan paus digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan pewangi agar bau wangian itu kekal lama menyebabkan harganya mahal dan sesetengah saintis menggelar ia emas terapung.

Pada 2016, nelayan Oman menjual 80 kilogram muntah paus ditemuinya dengan harga AS$2.5 juta (RM10.4 juta ) dan pada 2013, seorang lelaki di Britain menemui ketulan 2.7 kilogram muntah paus di pantai Lancashire yang dianggar bernilai £100,000 (RM549,623). -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnamina 15-12-2021 10:15 AM
Why not kakak invest siket duit pergi hantar UMT tu atau mana2 lab. Jangan la nak harap org pulak approach kakak. Dah terbukti boleh la letak harga..
Quote ketambangkang 15-12-2021 10:20 AM
ninnamina replied at 15-12-2021 10:15 AM
Why not kakak invest siket duit pergi hantar UMT tu atau mana2 lab. Jangan la nak harap org pulak ap ...

betul betul..jgn plak nnti ade agent kata bole tlg bawakkan gi lab..dr jd jutawan kang putih mata kena tipu
Quote tipah89 15-12-2021 10:28 AM
ninnamina replied at 15-12-2021 10:15 AM
Why not kakak invest siket duit pergi hantar UMT tu atau mana2 lab. Jangan la nak harap org pulak ap ...

bernasss...

Quote saviour_09 15-12-2021 10:38 AM
kalo aku 500k pun jalan teruusss
Quote msdummy.2018 15-12-2021 11:01 AM
ninnamina replied at 15-12-2021 10:15 AM
Why not kakak invest siket duit pergi hantar UMT tu atau mana2 lab. Jangan la nak harap org pulak ap ...

Berita ckp kos tinggi..dia xmampu ler tuhh
Quote Normabaru 15-12-2021 11:31 AM
Jgn Kang mati bbunuhan sbb muntah ittew dh la ye..

Cost xmampu nk kaji so suruh org viral..tp dh tbukti mahal nnt ko nk demand plak..byk cantik muka ko..

Quote smartaleck07 15-12-2021 11:39 AM
spend money to get money la kak.. jgn harap benda free je.. lepas ni berlambak la org pegi tepi pantai cari benda ni.. hahah
Quote manehnya 15-12-2021 11:48 AM
selamat menjadi kaya... rezeki terpijak...
Quote CiliPadiSedap 15-12-2021 11:57 AM
dia sama zaman dengan cicak tokek sampai ada kes berbunuhan sebab rebutkan cicak tokek
Quote Samerosie 15-12-2021 12:17 PM
ninnamina replied at 15-12-2021 10:15 AM
Why not kakak invest siket duit pergi hantar UMT tu atau mana2 lab. Jangan la nak harap org pulak ap ...

sekali tengok2 the stuff yg kapalterbang lepaskan over the sea....
Quote me12345 15-12-2021 12:20 PM
Bukan dh keluar result kajian tu bln muntah paus ke...
Quote Acikporemkau 15-12-2021 12:20 PM
Maksudnya tk de yg berminat
Tk beharga lertew
Quote naina 15-12-2021 12:23 PM
Edited by naina at 15-12-2021 01:38 PM
msdummy.2018 replied at 15-12-2021 11:01 AM
Berita ckp kos tinggi..dia xmampu ler tuhh


Katanya lab boleh buat tapi bayaran rm400 la
Ok Jerr..buat lab test dulu. Kalau tulen jual kat buyer oversea. Pandai2 lah akak ni cari. Hantar kat lab tu jangan lah seketul besar tu. Bagi sebiji dadu jerr
Quote jahcomel 15-12-2021 12:29 PM
CiliPadiSedap replied at 15-12-2021 11:57 AM
dia sama zaman dengan cicak tokek sampai ada kes berbunuhan sebab rebutkan cicak tokek

y nk buat ubt HIV AIDS tu kn kak cili....
Quote Orix 15-12-2021 01:01 PM
hmmmm nk cari muntah paus jugak la cmni
Quote CiliPadiSedap 15-12-2021 01:11 PM
jahcomel replied at 15-12-2021 12:29 PM
y nk buat ubt HIV AIDS tu kn kak cili....

haah, cicak tokek tu hoax je. yang paling sadis ada percaya sampai berbunohan demi curi cicak tokek. benda2 cm tokek, gaharu, muntah ikan paus dan seumpamanya senang jadi hoax untuk scam.

yang latest mining crypto, masuk sehari 3 hari dapat return lah apa. manusia akan sentiasa masuk jerat selagi mana harapkan lucky draw.  benda yang jadi hoax ni orang senang percaya sebab easy money. orang2 ni juga orang yang sentiasa hadir seminar berbayar mahal. muka yang sama.





Quote exclusive_vvip 15-12-2021 01:13 PM
Samerosie replied at 15-12-2021 12:17 PM
sekali tengok2 the stuff yg kapalterbang lepaskan over the sea....

alamakkk (kalu btol)
Quote Firenzza 15-12-2021 03:19 PM
Apa le susah sgt nk JV, lelong je kat ebay 1 donia blh bid rega
Quote msdummy.2018 15-12-2021 03:43 PM
naina replied at 15-12-2021 12:23 PM
Katanya lab boleh buat tapi bayaran rm400 la
Ok Jerr..buat lab test dulu. Kalau tulen jual kat buy ...

Ceh..rm400 jer kalo nk bndgkan dgn untung dia akan buat???kedekut akak ni!!!!

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.035339 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top