CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kuarantin 10 Hari Buat Wani Kayrie Dekat Dengan Allah

15-12-2021 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1374| Komen: 3

Wani Kayrie, 21, yang tamat tempoh kuarantin kendirinya hari ini, mengaku dia menggunakan tempoh 10 hari itu untuk muhasabah diri menjadi insan lebih baik.

Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah berkata, meskipun pada awal kuarantin emosinya sedikit terganggu, namun dia cuba mencari solusi terbaik untuk sentiasa berfikiran positif .


Foto: IG

"Selama 10 hari berada di bilik untuk menjalani kuarantin saya akui sedih sebab tak dapat nak keluar bekerja. Saya memang seorang yang suka bekerja sehingga macam-macam perkara bermain di fikiran terutama babitkan hal kerja yang tertangguh.

"Namun saya cuba manfaatkan tempoh 10 hari kuarantin ini dengan mengulang kaji pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan akhir, Januari depan.



"Saya juga ambil peluang ini untuk perbaiki diri dengan memperbanyakkan ibadah kerana sebelum ini mungkin saya terlalu sibuk bekerja sehingga kurang masa dekatkan diri dengan Allah.

"Saya anggap apa yang berlaku ini adalah satu hikmah dan peringatan daripada Allah supaya ambil masa rehat seketika untuk muhasabah diri dan menjadi insan lebih baik," katanya.



Menurut Wani, dia bersyukur apabila seluruh ahli keluarganya tidak dijangkiti virus itu dan mereka berada di dalam keadaan baik.

"Ketika disahkan positif Covid-19, perkara pertama yang terfikir dulu adalah keluarga sebab saya tinggal bersama mereka. Saya sangat bimbang sebab ada adik yang belum vaksin, tapi alhamdulillah mereka negatif.

"Malah, ibu saya banyak membantu sepanjang menjalani kuarantin kendiri. Setiap hari, ibu akan sediakan makanan dan hantarkan melalui tingkap bilik.



"Selain itu, saya juga rasa serba salah dengan pihak produksi apabila penggambaran drama terpaksa dihentikan seketika apabila saya disahkan positif Covid-19.

"Tapi, alhamdulillah pengurus sudah menyusun semula jadual kerja dan saya akan kembali bekerja sebaik sihat sepenuhnya dan tamat tempoh kuarantin ini," katanya.




Pada 5 Disember lalu, Wani disahkan positif Covid-19 selepas mengalami demam panas, sakit kepala, batuk, selesema dan juga sakit tekak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 15-12-2021 03:29 PM
Nyanyi lagu yg Ezra kong buat pun tak naik, yang latest ni MFMF pun mcm masih sendu lagi views... Cuma rezeki sebab jadi OST Dukun Diva tu yang ada jugak mendengar lagu nya... Cuma buruknya choreography macam dance tiktok yang dah selalu tengok, mohon belajar lagi cari choreographer lain
Quote CARI-MRO 15-12-2021 03:37 PM
"Selama 10 hari berada di bilik untuk menjalani kuarantin saya akui sedih sebab tak dapat nak keluar bekerja. Saya memang seorang yang suka bekerja sehingga macam-macam perkara bermain di fikiran terutama babitkan hal kerja yang tertangguh.
Quote NekNgah 16-12-2021 10:46 AM
Alhamdulillah kalau sakit itu dapat membuatkan kita muhasabah diri.  Kita akan hargai 10 hari itu untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah & ambil masa untuk berehat dari terkejar-kejarkan dunia.  

Jangan jadi macam dua-tiga orang artis tu, tak boleh duduk diam.  Tak sabar nak keluar rumah bersosial. Dapat aje keluar terus lupa SOP, terus berparty... hmmmm.....

Ngah hanya dapat doakan semoga dikurniakan taufik & hidayah untuk kita semua dan mereka-mereka itu.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.123924 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top