CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menangis Seminggu Sebab Malu- Tak Sengaja Buat Live FB Masa Buat Seks, Ayah Pun Tertengok!

15-12-2021 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3948| Komen: 12

Mississippi – Seorang wanita di Mississippi, Amerika Syarikat mendedahkan mengenai  insiden memalukan, di mana dia secara tidak sengaja membuat penstriman  menerusi laman Facebook ketika melakukan hubungan intim bersama suaminya, lapor akhbar New York Post.


Wanita tersebut menerusi akaun TikTok @rroberson16 berkata, apa yang lebih memalukan adalah seramai 46 daripada pengikutnya menonton video tersebut termasuk bapanya.

Foto: Tiktok

“Saya menangis selama seminggu dan menyangka hidup saya telah berakhir,” kata wanita tersebut.

Menurutnya, sebelum insiden itu, dia sedang melayari laman Facebook apabila suaminya secara tiba-tiba menghampiri dan mula melakukan hubungan seks dengannya.


“Saya membiarkan telefon bimbit tanpa mengunci paparan skrin dan secara tidak sengaja telah menekan butang ‘live’.

“Seorang rakan baik kemudiannya menelefon saya berulang kali supaya video penstriman tersebut menjadi ‘terganggu’, namun saya tidak mempedulikan panggilannya,” ujarnya.

Bagaimanapun, wanita berkenaan berasa sedikit lega kerana video tersebut tidak menampakkan dirinya dan suaminya, sebaliknya hanya suara mereka yang dapat didengari dengan jelas.

Klip video pengakuan wanita tersebut menjadi tular di TikTok dengan ramai netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai kejadian itu.

“Kalau terjadi kepada saya, pasti saya akan memadam kesemua akaun media sosial, menukar nama dan melarikan diri daripada semua orang,” kata seorang netizen. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 15-12-2021 10:37 AM
Benda dh lama yg ko kenangkn balik n citer kt semua org dh knp setan?
Saja ke carik publisiti murahan
Quote Normabaru 15-12-2021 10:37 AM
Non Muslim pon tahu malu..ini kan msia bangga ada scandal dpn ank..siap xkisah peluk bagai xkawen..huhu
Quote Thunderclouds 15-12-2021 11:35 AM
Tiberrrr tringt kt cheknon
Quote Artemesiaa 15-12-2021 12:40 PM
Yang ke malu ke purak2 malu sebenarnya
Quote Decaffeinated 15-12-2021 12:44 PM
Normabaru replied at 15-12-2021 10:37 AM
Non Muslim pon tahu malu..ini kan msia bangga ada scandal dpn ank..siap xkisah peluk bagai xkawen..h ...

apa maksud 'non muslim pun tahu malu'?

Quote buapakperut 15-12-2021 01:01 PM
krustykrab replied at 15-12-2021 02:37 AM
Benda dh lama yg ko kenangkn balik n citer kt semua org dh knp setan?
Saja ke carik publisiti muraha ...

46 orang saja Yang tahu, tak cukup ramai kot
Quote krustykrab 15-12-2021 01:13 PM
buapakperut replied at 15-12-2021 01:01 PM
46 orang saja Yang tahu, tak cukup ramai kot

Tu lah, saja nk bg 1 dunia tau kisah dalam kain dia.  Nangis kunun..
Quote Firenzza 15-12-2021 01:50 PM
Artemesiaa replied at 15-12-2021 12:40 PM
Yang ke malu ke purak2 malu sebenarnya

Tu la pasal dah setahun berlalu pun nk throbek, klau malu watpe nk citer semula.....
Quote green~tea 15-12-2021 01:52 PM
Asalnya 46 orang JE tahu.. now dah tersebar berita, saje kot bagi orang curious...
Quote Supersirap 15-12-2021 02:54 PM
water under the bridge, hidup perlu diteruskan
Quote ipes2 15-12-2021 11:04 PM
Edited by ipes2 at 15-12-2021 11:10 PM

alah, tak sengaja konon; knowing Americans yang tidak ada tradition yang class dan custom yang jelas, ini tentulah pura2 sahaja
Quote edayildiz 24-12-2021 03:06 AM
baru tau ada nama tmpt mississippi..kalau mississippi mud cake tau la

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.035915 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top