CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Jadi Buta Selepas Lahirkan Anak Bongsu

15-12-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1369| Komen: 5

Kota Bharu – Kehidupan seorang warga emas berubah sekelip mata apabila dia hilang penglihatan setahun selepas melahirkan anak bongsunya, 27 tahun lalu.

Che Mas Awang, 67, yang ketika itu berusia 40 tahun terpaksa menyesuaikan diri dengan kea­daan tersebut sambil membesar lima anak di rumahnya di Kampung Bunga Emas, Penambang di sini.

Menurut Che Mas, sejak hilang penglihatan, dia bergantung dengan anak-anak untuk berge­rak lebih-lebih lagi selepas suaminya, Jaafar Ibrahim meninggal dunia enam tahun lalu.


Foto: Kosmo

Mengimbau kenangan lebih 20 tahun lalu, Che Mas berkata, dia menyedari penglihatannya mula kabur ketika waktu malam, namun tidak mengendahkannya.


“Ketika itu, saya bekerja sebagai tukang cuci dan pengasuh untuk membantu suami yang bekerja kampung.

“Selaput mata semakin me­nebal sehingga menjejaskan bahagian saraf. Keadaan mata saya bertambah teruk sebelum hilang penglihatan selepas melahirkan anak bongsu,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Sementara itu, anak bongsunya, Siti Aisyah, 27, memberitahu, ibunya pernah menjalani rawatan laser untuk membuang selaput mata di sebuah hospital sebelum ini.

“Selepas menjalani rawatan, penglihatan ibu semakin kabur sehingga dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit.

“Selain itu, ibu juga mengalami sakit kepala teruk. Jadi saya (ketika itu berusia 11 tahun) terpaksa korbankan waktu belajar untuk menjaga ibu di wad,” katanya.

Tambah Siti, dia sekeluarga melakukan pelbagai ikhtiar termasuk kaedah tradisional, namun keadaan ibunya masih sama.

“Mengikut doktor, mata ibu sukar untuk baik kerana melibatkan saraf. Jadi kami lima beradik bergilir-gilir menjaganya. Kami tidak akan tinggalkan dia keseorangan kerana dia sukar untuk bergerak,” katanya.

Che Mas menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 dan wang tersebut digunakan dengan sebaik mungkin untuk membeli bara­ngan keperluan harian.

Orang ramai yang mahu membantu Che Mas boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0301041000255210. -CARI

Sumberr: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 15-12-2021 11:35 AM
Allahuakbar..kesiannye nasib makcik ni..tapi kan anak2 sheollss ada 5 orang sume da besar2..harap deyoollss dapat bela mak cik ni sebaik mungkin
Quote manehnya 15-12-2021 11:50 AM
kesiannya nya makcik ni, nsib baik anak semua baik
Quote I.K.A888990 16-12-2021 05:27 PM
xtertanggung kita ni nak balas jasa pengorbanan mak
bagus anak2 mak cik ni jaga makcik
Quote Artemesiaa 16-12-2021 05:30 PM
Maknanya dia dah lama ada masaalah penglihatan hanya lepas bersalin buat keadaannya memburuk. Apa pun dia bernasib baik ada keluarga yang baik menjaganya.
Quote nutnet 16-12-2021 06:12 PM
Teringat mak kawan. Arwah jadi buta terus lepas bersalin anak bongsu. Sebelum tu legally blind saja. Sama kes macam ni kot.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.113569 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top