Kecoh jadinya bila pengasas Mamasab, Siti Sabrina Binti Sabri mengeluarkan kenyataan, "Allah makhluk halus." Difahamkan perkara itu dinyatakan dalam satu panggilan zoom, selain mendakwa Tuhan tidak dapat dilihat dan halus sama seperti makhluk halus.
Susulan itu,netizen mula mempersoalkam apa sebenarnya yang cuba utuk disampaikan. Kata mereka, sebagai umat Islam, kita wajib percaya kewujudan Allah dan tak boleh menyamakanNya dengan apa pun.
Sedar dirinya dikecam hebat, Mamasab tampil membuat permohonan maaf. Katanya dia adalah manusia yang tak lari daripada membuat kesalahan. "Kadang-kadang ada perkataan yang kita guna untuk explain satu kekuasaan yang sangat luar biasa menjadi ayat yang salah dan tak sepatutnya digunakan. Minta maaf atas kesilapan penggunaan nama makhluk. Mama ambil penyalahgunaan perkataan untuk terangkan sesuatu yang tak nampak sebagai khilaf Mama untuk orang yang baru nak belajar mengenalpasti kekuasaan yang luar biasa." Dalam masa yang sama, MamaSab turut berterima kasih kepada mereka yang sudi menegur dan membetulkan kesalahan. Terlajak kata memang buruk padahnya. Harap lepas ni lebih berhati-hati. -CARI |
dua_chzy replied at 15-12-2021 03:44 PM
Tengok kan born Moslem ini memang buduh2 belaka suka buat kontroversi seperti Sajat korang tu la.
zacEfron replied at 15-12-2021 04:07 PM
nasib baik lahir muslim.. lepas tu belajar agama di tadika.. sekolah rendah.. lepas belajar agama ...
ADVERTISEMENT