Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sumatera Utara melarang umat Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada penganut Kristian yang menyambutnya.
CNN Indonesia melaporkan, ucapan itu dianggap tidak bersesuaian dengan syariat Islam. Perkara tersebut tercatat dalam dokumen Tausyiah MUI Sumatera Barat Nombor 39/DP-PII/XII/2021 yang ditandatangani Ketua Umum MUI Sumatera Utara, Maratua Simanjuntak dan Setiausaha Agung MUI Sumatera Utara, Asmuni pada 9 Disember lalu. “Umat Islam tidak dibenarkan mengucapkan ‘Selamat Hari Natal’ kerana peringatan Hari Natal seperti yang termaktub dalam fatwa MUI tidak dapat dipisahkan daripada nuansa keimanan yang tidak sesuai dengan syariat Islam,” demikian kenyataan yang termaktuy dalam Tausyiah MUI Sumatera Utara.
Bukan itu sahaja, MUI Sumatera Utara juga menganggap umat Islam diharamkan menyertai sambutan Krismas bersama penganut Kristian. Hal itu disampaikan berdasarkan Fatwa MUI Nombor 1 Tahun 1981 mengenai Perayaan Natal Bersama. “Adalah haram bagi umat Islam menyertai majlis Krismas bersama-sama. Oleh itu umat Islam dinasihatkan supaya tidak menyertai sambutan Krismas agar tidak terjerumus ke dalam syak wasangka dan larangan Allah SWT,” menurut satu lagi perkara dalam tausyiah tersebut. MUI Sumatera Utara juga merayu kepada umat Islam agar tidak membakar mercun pada malam Tahun Baharu 2021 hingga 2022 kerana ia perbuatan yang menyalahi undang-undang mengikut Fatwa MUI Sumatera Utara Nombor 03 Tahun 2017. Sumber: Utusan
|
lyshafull replied at 15-12-2021 06:54 PM
Artikel mcm nie repost setiap tahun jaa ,,
me12345: Org islam bukan takat wish..sk ...
ADVERTISEMENT