CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Dijangkiti Varian Baru, Bye' - Remaja Dapat 'Habuan' Tipu Akan Mati Positif Covid-19

16-12-2021 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1431| Komen: 2

Padah menipu kononnya bakal mati selepas dijangkiti varian baharu Covid-19, seorang remaja dikenakan tempoh percubaan (probation) selama sembilan bulan.


Tempoh percubaan merujuk kepada pesalah tidak akan dipenjarakan, tetapi perlu mematuhi syarat tertentu ditetapkan mahkamah dan diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa.


Gambar hiasan

Menurut portal Berita MediaCorp, Siew Hanlong juga perlu melakukan kerja kemasyarakatan selama 40 jam.

Ibu bapanya juga perlu mengemukakan ikat jamin $5,000 Dolar Singapura (RM15,462.38) bagi memastikan remaja itu berkelakuan baik sepanjang tempoh hukuman berkenaan.


Dua bulan lalu, tertuduh mengaku bersalah di atas dua tuduhan iaitu menyampaikan maklumat palsu di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Lain (Ketenteraman dan Gangguan Awam).

Pada 23 Mei lalu, Siew memuat naik gambar ujian positif PCR yang diperolehinya ke Instagram Stories kira-kira jam 1 pagi.

"Kawan-kawan, saya dijangkiti varian baharu Covid-19, bye (selamat tinggal) saya akan mati," katanya menerusi keterangan gambar itu seperti dilaporkan MediaCorp.

Siew juga memuat naik satu lagi gambar menunjukkan dirinya di atas katil hospital dengan memberitahu dia berada di unit rawatan rapi (ICU) dan mengucapkan selamat tinggal.

Gambar digunakan adalah gambar ketika dia dimasukkan ke hospital, tetapi ia insiden tiada kaitan virus itu.

Rakannya yang juga anggota perkhidmatan negara (NSF) sepenuh masa di Pulau Tekong, memaklumkan kepada pegawainya, dia adalah kontak rapat Siew.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 16-12-2021 08:53 AM
Elok. Delta baru keluar varian baru AY.16 ke apa
Quote prettyuglybabe 16-12-2021 11:14 AM
letak dia kat wad pesakit covid..
nak sangat merasa kena covid

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.047861 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top