“Kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, ingatlah, nikmat yang Tun peroleh melalui UMNO lebih daripada orang lain”.
Demikian respons Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah susulan kenyataan mantan Perdana Menteri itu terhadap UMNO yang didakwanya parti bertunjangkan bangsa Melayu iaitu UMNO kini dirampas perasuah dan penyangak dengan hanya menggunakan orang Melayu untuk menjadi sebuah kerajaan. Untuk itu Shamsul Anuar menegaskan, benci dan dendam Dr Mahathir, hanya Allah sahaja yang tahu.
“Bersyukurlah. Dan jangan ingat Tun sahaja yang baik daripada orang lain. Jangan juga ingat semua orang suka pada Tun. Kita pun tahu apa yang Tun lakukan. “Lagipun Tun tiada apa kaitan lagi dengan UMNO,” tegas beliau. Utusan Malaysia melaporkan, Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya berkata, pemimpin UMNO terbabit hanya berhasrat menggunakan orang Melayu untuk jadi kerajaan dan mengguna kuasa untuk memperkayakan diri mereka. Katanya, orang Melayu tidak mempunyai sebarang pilihan hendak menyokong parti Melayu melainkan UMNO. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT