CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sop Baru Untuk Pelajar Baru Masuk Asrama Elak Kes Buli

16-12-2021 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2289| Komen: 8

Prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi kemasukan pelajar baharu ke sekolah berasrama mungkin diperkenalkan di Perak untuk mengelak kejadian buli.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, perkara itu sedang diperhalusi pihaknya dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.


Gambar hiasan

“Ketika ini, pejabat saya mewakili kerajaan negeri  terlibat dalam sesi libat urus bagi melihat SOP (baharu) bagi pelajar asrama (di negeri ini).

“Kita cuba pastikan sebelum masuk ke asrama, mungkin ada sesi pengenalan seperti bagaimana mengelakkan buli dan membuat laporan jika dibuli sebagaimana cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Jamilah Zakaria.


“Ia bagi memastikan tidak lagi berlaku kes buli seperti sebelum ini,” katanya ketika menggulung portfolionya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, di sini hari ini.


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 17-12-2021 05:12 PM
pasang je la cctv
sekali gus dapat mengurangkan kes LGHDTV di asrama

entoh. aku dulu sekolah harian biasa je
Quote mejaputih 24-12-2021 10:42 AM
buat satu apps aduan utk pelajar2 ni click buat aduan utk pihak asrama siasat...sbb pelajar asrama dah dibenarkan bwk smart phone ke asrama. so benda tu akan disimpan dalam rekod.
Quote kakikuDibibirmu 24-12-2021 10:46 AM
Sop baru lepas masak nyum nyum nyum

Soo.jpg
Quote Suchi 24-12-2021 03:52 PM
Risiko sek asrama mmg takleh lari drpd kena buli.
Bila mak pak budak tu takde depan mata laju je tgn memasing nak balun anak org.


Quote Minami2013 24-12-2021 03:58 PM
Adoi.. sbb nmpak gambar sup ni kena baca dua kali tajuk utk digest info
Quote Decaffeinated 24-12-2021 09:11 PM
“Kita cuba pastikan sebelum masuk ke asrama, mungkin ada sesi pengenalan seperti bagaimana mengelakkan buli dan membuat laporan jika dibuli sebagaimana cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Jamilah Zakaria.

setakat itu ja nak cakap baik tak payah
Quote kakikuDibibirmu 25-12-2021 01:04 AM
Minami2013 replied at 24-12-2021 03:58 PM
Adoi.. sbb nmpak gambar sup ni kena baca dua kali tajuk utk digest info

Haritu akak order sop daging dekat Amir Tom Yam Bandar Baru Bangi, dapat 3 racik daging jah, iols is sedih
Quote DARSITA 25-12-2021 04:45 AM


Paling senang letak jer "mole" dlm tiap bilik.

or lagi SENANG - kenakan hukuman berat kpd para pembuli (setelah siasatan terperinci).

Contoh:

Pembuli pukul si A sampai retak tulang - hukum sebat 15 kali di hadapan semua pelajar.

Kalau tumbuk sampai lebam - hukuman basuh toilet di seluruh asrama selama 2 minggu.


Sebelum masuk asrama ..emak ayah kena sign waiver ni.

Senang jer maa ~

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.037193 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top