CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Parah, 2 Maut Terpelanting Belon Istana Ditiup Angin

16-12-2021 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2565| Komen: 11

Dua kanak-kanak maut manakala beberapa yang lain cedera parah selepas terpelanting ketika bermain dalam permainan belon istana.

Kejadian berlaku pada Khamis ketika hari sukaneka sebuah sekolah rendah di Devonport, Tasmania di Australia, lapor BBC.


Kredit foto: The New York Times/Grant Wells/EPA, via Shutterstock

Polis memaklumkan, mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter selepas terpelanting apabila belon istana ditiup angin kuat.

Pihak berkuasa tidak menyatakan usia dan jumlah kanak-kanak yang terlibat, tetapi mengesahkan sebilangan besar lagi cedera parah.



Kredit foto: BBC

Komander Polis Tasmania Debbie Williams menyifatkan kejadian itu sebagai amat menyedihkan.

"Tiupan angin kuat menyebabkan belon istana terangkat ke udara," katanya kepada pemberita di luar Sekolah Rendah Hillcrest.


Kredit foto: BBC

Perdana Menteri Australia Scott Morrison dalam pada itu menyifatkan tragedi sebagai "menyayat hati".


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JulietTheOrange 16-12-2021 02:34 PM
belon istana ke istana belon?
Quote kucingitam 16-12-2021 03:11 PM
aku ingat ada perayaan pape kat istana, belon2 tu meletup ke apa..haih la..
Quote sukacactus 16-12-2021 03:24 PM
Belon istana maksudnya belon kat istana
Istana belon, maksudnya belon dlm bentuk istana
Dah baca artikel br paham tajuk
Sian budak2 tu
Tgh2 seronok main, istana terbang pulak
Quote KIM.K 16-12-2021 03:26 PM
Belon pun nak bunuh org kat stralia
Quote supernaturalee 16-12-2021 04:08 PM
belon istana mana?
buckingham palace???

Quote hareeeesah 16-12-2021 05:08 PM
Ngape la tak cakap je bouncy castle. Belon istana ingat apa benda la..
benda nak jadi kan, kesiannya the kids. Memang angin sangat sangat kuat la ni kan
Quote Artemesiaa 16-12-2021 05:28 PM
Kalau tak silap kes lebih kurang macam ni pun pernah terjadi ditanahair tak lama dulu
Quote Decaffeinated 16-12-2021 05:47 PM
mod kalau pun tak boleh reprimand wartawan cari ni tapi at least betul kan tajuk boleh kan? jadah apa belon istana tu.

Quote Xim 16-12-2021 06:48 PM
Decaffeinated replied at 16-12-2021 05:47 PM
mod kalau pun tak boleh reprimand wartawan cari ni tapi at least betul kan tajuk boleh kan? jadah ap ...

Mmg takleh buat pape langsung....takpe luah je la kat sini kot2 TT baca, dia blh edit sendiri....
Quote tikusmontok 16-12-2021 09:16 PM
Decaffeinated replied at 16-12-2021 05:47 PM
mod kalau pun tak boleh reprimand wartawan cari ni tapi at least betul kan tajuk boleh kan? jadah ap ...

Tgk la siapa yg tepek. Itu nasib baik dia tak tepek news ndon kali ni
Quote slyfynx 16-12-2021 09:39 PM
Haish wartawan cari ni.
Ku pikir belon ape dari istana sampai org terpelanting.
Moonbounce ke?
Adui la

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060806 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top