CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jadi Jahatlah, Takkan Hero Pula,"- Rosyam Nor Berlakon Filem Hong Kong

16-12-2021 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2477| Komen: 15

Pelakon dan pengarah popular, Datuk Rosyam Nor membuat perkongsian yang membanggakan peminat apabila dia mendedahkan bakal terlibat dalam filem aksi Hong Kong yang bakal ditayangkan di pawagam hujung Disember ini.


Menerusi posting di Instagram, Rosyam mendedahkan ini adalah kali pertama dirinya berlakon dalam filem dari Hong Kong.

Foto: IG

“First time berlakon filem Hong Kong. Filem G Storm terbitan produksi Hong Kong ni akan berada di pawagam 31 Disember,"jelas Rosyam.

Kongsi Rosyam, filem antarabangsa yang dibintanginya mengisahkan mengenai pasukan pencegahan rasuah atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Jelasnya, dia akan memegang watak antagonis dan berseloroh tidak mungkin akan menjadi ‘hero’ dalam filem tersebut.


"Action movie ni cerita pasal satu team pencegahan rasuah. Kalau kat Malaysia SPRM la gitu. So aku ni pulak jadi jahat la. Takkan hero pulak," seloroh Rosyam.



Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah dan teruja untuk menonton lakonan pelakon itu kelak. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 16-12-2021 03:07 PM
lama tak tengok acik rosyam berlakon

harap2 bestlah movienya
Quote glump 16-12-2021 04:58 PM
Kalau tengok lakonan dia dalam kabali so so je
Quote shernazz 16-12-2021 05:28 PM
Iols teringst beberapa tahun lalu
Sebelum st rosyam dibuka
Iols slalu pergi sri ternak utk.shopping barang dapur
Pastu ada satu buah nangka ni
Siap signboard
NANGKA DARI KEBUN ROSYAM NOR

So.bila tengok rosyam now..iols teringat nangka sri ternak tu...
Kagum iols..sebab ramai juga beli
Quote chachani 16-12-2021 07:42 PM
Omg.. ade louis  koo... ????
Quote newyork 16-12-2021 07:49 PM
shernazz replied at 16-12-2021 05:28 PM
Iols teringst beberapa tahun lalu
Sebelum st rosyam dibuka
Iols slalu pergi sri ternak utk.shopping  ...

Hahah mcm kelakar lak .. punya la nak bgtau nangka mana marii
Quote susukambingbest 16-12-2021 08:02 PM
glump replied at 16-12-2021 04:58 PM
Kalau tengok lakonan dia dalam kabali so so je

Baru nk ckp. Kayu jati yaamat. Mcm xpndai belakon pun ada. Lbih2 lg msa belakon muda rmbut pnjng brdiri dkt tgga tu. Hmpir iol xcam tu pakcik danish. Mgkin heol gugup sbb dpt brlakon dgn superstar kot
Quote gekkou 16-12-2021 08:11 PM
hebat lah tu dapat p international
jangan hujung2 jadi macam ma dong sok join marvel
hujung2 scena secoet je
lepas tu mati

choiiiiiiii
Quote Belibis 16-12-2021 08:32 PM
Hattan pun sempat berlakon dengan jackie chan..terjun dari heli,terus mati.dua tiga saat jer.
Quote TabletSusu 16-12-2021 09:01 PM
tgk teaser tu mcm best je. xpe lah jd jahat pun, ujung2 kena tangkap ke, kena tembak mati ke. Pakcik danish dah tembus internasionale.. aritu kabali india mari.. walaupon hanya jadi pak pacak. ni hongkong pulak. esok2 tembus holiwud pulak ye pakcik.

Diam2 je pakcik danish buat keja.. xde angin xde ribut.. tup2 keluar movie oberc. ada org gebang dpt offer berlakon international.. wlupon sbnrnya br nak gi odisyen
Quote shernazz 16-12-2021 09:43 PM
newyork replied at 16-12-2021 07:49 PM
Hahah mcm kelakar lak .. punya la nak bgtau nangka mana marii

Sri ternak nak.kasi laku la tu
Nangka melayu tanam
Hahaha
Atau nak tarik peminat rosyam aka danish
Quote kikiharris 16-12-2021 10:33 PM
Iols kalau terbaca or kenal mana2 org letak nama anak Danish, terus teringat pakcik Rosyam.
Quote Katcun80 16-12-2021 10:45 PM
Waaahhhhhh...kat minat semua filem2 G Storm ni..sbb ada louis koo :
Quote dudaberhias 16-12-2021 11:07 PM
gekkou replied at 16-12-2021 08:11 PM
hebat lah tu dapat p international
jangan hujung2 jadi macam ma dong sok join marvel
hujung2 scena s ...

choiii tu la... tapi mujur tak tasty... so akak tak heran heshe mati...

pelakon malaysia yang michelle yeoh dengan shang chi tu je yang mendunia scene panjang
Quote gekkou 16-12-2021 11:18 PM
dudaberhias replied at 16-12-2021 11:07 PM
choiii tu la... tapi mujur tak tasty... so akak tak heran heshe mati...

pelakon malaysia yan ...

yeah..
layan juga tgk nenek michelle dalam shang chi
nampak charismatic gtu
tapi hero nya sungguh tak tasty
pendek gemok

Quote kbyne 17-12-2021 01:13 AM
Steady boss,yg penting jadi ikon dulu,bukan senang nak tembus kolony diorang.

Perintis macam zaman Run Run Shaw dulu.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.062011 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top