Notis caj transaksi RM1 antara bank ATM yang berkuatkuasa pada tahun depan, membuatkan orang ramai bersuara dan berkongsi pandangan masing-masing di media sosial.
Isu caj RM1 mula kembali aktif ini membuatkan orang ramai mempersoalkan kenapa perlu kembalikan transaksi tersebut, kerana sudah dua tahun sistem tersebut tidak dikenakan sepanjang pandemik dan bank tetap mengaut keuntungan yang banyak. “Dah 2 tahun caj RM1 di ATM tak ada. Bank steady je masih untung bilion bilion. Apa perlunya kembalikan caj RM1?” Ciap @af_f4hmi Melihat ciapan dari pengguna Twitter tersebut, ada yang memberi komen berbaur perlian bahawa isu sebenar adalah kerana terdapat kroni yang laparkan duit dan ada yang meluahkan caj transaksi seperti itu sangat tidak adil.
“MEPs milik BNM sekarang, jadi sepatutnya tak ada isu aliran tunai kering. Ini isu kroni lapar. Terima kasih keluarga Malaysia,” Ciap @parkmart2010 “Semasa PKP dalam musim pandemik pun bank masih mendapatkan keuntungan, inikan pula caj sebegini mahu dikembalikan semula. Sangat tidak adil!” Ciap @fhysal4 Isu caj transaksi RM1 di ATM ini membuatkan ramai pengguna Twitter menyuarakan pandangan, dan rata-rata ramai yang menganggap caj sedemikian menunjukan walaupun mereka untung berbilion ianya tetap tidak cukupi. “Betul pelahap bilion kejap je habis.” “Mana cukup, selagi boleh kaut duit rakyat dia oarang kaut mat.. Dia orang mana kisah.” “Ada kroni lapar tu kat dalam BNM. Meps milik BNM lak hahaha.” “Mungkin untung-untung bilion-bilion tu dah habis kot.” Ciap mereka Apa pandangan anda tentang isu ini? -CARI Sumber: Murai.my
|
MoneyMatters replied at 16-12-2021 04:18 PM
I rasa simpati bila baca berita ni. For me seringgit jeee tp ramai sebenarnya rakyat kita yg B40.. B ...
umbut replied at 16-12-2021 04:19 PM
Kalau 1 hengget tu berkira sangat. Ko keluarkan semua simpan bawah bantal.
gigahertz replied at 17-12-2021 12:53 AM
kalau cimb lagi yahudi.
dalam bank ada RM 50
nak withdraw RM 40 x boleh
ADVERTISEMENT