Washington – Sebuah kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) iaitu Parker Solar Probe pada April lalu secara rasminya telah ‘menyentuh’ Matahari selepas ia memasuki atmosfera suria yang belum pernah diterokai dikenali sebagai korona, pada jarak hanya 12 juta kilometer dari teras bintang itu, lapor laman berita Mail Online semalam.
Ketika melakukan pendekatan ke lapan yang akhirnya membolehkan kapal angkasa itu melepasi atmosfera Matahari, Parker Solar Probe melawan suhu 1,298 Celsius dan radiasi 500 kali ganda lebih kuat berbanding Bumi. Penerbangan itu berlaku pada April lalu, namun saintis-saintis baru sahaja dapat mengesahkannya selepas menunggu beberapa bulan untuk data itu kembali daripada kapal angkasa tersebut. “Parker Solar Probe yang ‘menyentuh’ Matahari ialah satu detik bersejarah sekali gus pencapaian yang benar-benar luar biasa. “Peristiwa penting ini bukan hanya memberi kita gambaran yang lebih mendalam tentang evolusi Matahari dan impaknya terhadap sistem suria, malah semua yang kita pelajari tentang bintang ini juga mengajar kita lebih banyak tentang bintang-bintang di cakerawala,” kata pentadbir bersekutu untuk Direktorat Misi Sains NASA, Thomas Zurbuchen dalam satu kenyataan. Kapal angkasa itu berada 12 juta kilometer dari teras Matahari apabila ia mula melintasi sempadan ‘bergerigi’ antara atmosfera suria dan angin suria yang keluar. Parker Solar Probe ‘mencelup’ masuk dan keluar dari korona sekurang-kurangnya tiga kali, dan semua pergerakannya berjalan lancar. Pencapaian tersebut adalah sebahagian daripada penyelidikan baharu yang yang menelan belanja sebanyak AS$1.5 bilion (RM6.34 bilion) oleh NASA. –CARI Sumber: Kosmo
|
Firenzza replied at 16-12-2021 04:24 PM
Aritu ada terbaca kt permukaan matahari ada komuniti makhluk yg menjalankan kehidupan seharian
supernaturalee replied at 16-12-2021 04:29 PM
sape yg tegar kalis panas sgt tu
Parker Solar Probe ‘mencelup’ masuk dan keluar dari korona sekurang-kurangnya tiga kali
ADVERTISEMENT