Jodoh terkadang hadir dalam cara yang sangat tidak dijangka. Mungkin demikianlah hal yang sesuai digambarkan setelah menonton video tular di TikTok Diana R ini.
Sedang beramai-ramai duduk di pusat kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, ada pula mak-mak di sana yang seolah-olah melancarkan ‘misi’ mencarikan calon menantu untuk anak lelaki mereka. Paling melucukan apabila salah seorang gadis bertudung hitam berpeluang untuk berpanggilan video secara langsung dengan anak kepada mak cik tersebut.
Setelah dipanggil untuk pergi ke katil berkenaan, dia dengan yakin berani terus duduk lalu menunjukkan wajahnya ke skrin telefon. Ibarat menjadi pertemuan kali pertama namun secara virtual, beberapa penghuni pusat kuarantin tersebut juga terhibur dengan misi mencari jodoh itu. Meskipun kelihatan sedikit malu-malu kucing, tetapi semuanya nampak begitu lancar sekali. Malah, keadaan mereka tak ubah seperti keluarga yang sedang menyaksikan penyatuan dua hati. Kemudian, berlaku juga sesi kaunseling dan bertukar-tukar pendapat di antara geng mak-mak lain di sana. Mereka meyakinkan gadis berkenaan untuk mula bertukar nombor telefon dan mencuba dulu mencari keserasian dengan pemuda di video call tadi. Jika tidak berkenan, hubungan itu nanti tak perlu diteruskan dengan lebih serius. Sumber: Kisah Dunia
|
Jitu replied at 21-12-2021 02:56 PM
biasa lah mak2 kan bila borak2
rasa berkenan lah tu
mak aku pun ada tanya hari tu nak jodohkan ...
manehnya replied at 21-12-2021 11:32 AM
badan gemok mcm beranak 6, mcm tu makcik tedesak nk buat menantu...
ADVERTISEMENT