Pontian: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Kampung Parit Haji Ahmad, di sini, menderita penyakit jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia, yang menyebabkannya sering sesak nafas serta keletihan.
Mitral Valve Atresia adalah kecacatan jantung kongenital yang amat jarang berlaku, ia menyebabkan injap mitral jantung tidak dapat berfungsi dengan betul. Bapanya, Abd Rahman Ahmad, 47, berkata, penyakit anaknya, Mohd Adam Amsyar hanya dapat dikesan ketika usianya tujuh tahun dengan pakar meramalnya tidak mempunyai jangka hayat yang panjang. Dia yang juga bapa tunggal berkata, doktor pakar hospital awam merawat anaknya memaklumkan penyakit itu bukan sahaja amat jarang berlaku, malah hanya tiga pesakit sahaja termasuk anak bongsunya, dikesan menderita penyakit berkenaan di negara ini.
"Penyakit jantung terbalik Adam dikesan doktor ketika usianya tujuh tahun selepas dia kerap sesak nafas, bengkak di bahagian muka serta anggota badan dengan tubuhnya akan menjadi kebiruaan. "Apa yang lebih membuat saya sedih apabila doktor memaklumkan tidak dapat melakukan pembedahan bagi membetulkan keadaan jantung Adam kerana ia amat merisikokan nyawanya. "Saya sebak apabila doktor menyatakan tiada apa-apa yang dapat dilakukan dan berpesan supaya sering datang ke hospital untuk melakukan pemeriksaan susulan selain menjaga Adam betul-betul, terutama jangan biarkan dia keletihan dan sentiasa menggembirakannya. "Saya juga terpaksa melepaskan kerja tetap sebagai pemandu lori disebabkan Adam memerlukan penjagaan rapi, menyebabkan kami sekeluarga mengalami kekangan kewangan dan tidak mampu lagi membelikan susu formula khas disarankan doktor pakar bagi meredakan kesakitannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini. Abd Rahman berkata, walaupun menerima bantuan asnaf Baitulmal sebanyak RM550 sebulan, dia tidak mahu berpeluk tubuh malah sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sampingan termasuk mengambil upah memotong rumput di sekitar kampung. "Adam kerap alami sesak nafas dan kemudian tubuhnya kebiruaan menyebabkan saya risau. Saya kena sentiasa berada di sisinya supaya dapat menghantarnya mendapatkan rawatan sekiranya diperlukan. Saya juga risau meninggalkan Adam bersama kakaknya (Irin Nadia, 11) kerana mereka berdua masih kecil," katanya. Sementara itu, Mohd Adam Amsyar yang sebak ketika bapanya menangis menceritakan penderitaan ditanggungnya berkata, dia sangat sayangkan bapanya itu yang sering berusaha menggembirakan hatinya walaupun kehidupan mereka susah. "Saya ada beritahu ayah teringin ke Legoland di Johor Bahru sebelum akhir hayat saya, dan ayah berjanji bekerja lebih gigih bagi mencari wang untuk bawa saya. "Kalau tak pergi Legoland pun tak apa, sebab bersama ayah pun dah gembirakan hati saya," katanya. Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Sultanah Fatimah yang juga Penasihat Menteri Besar Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata, bantuan sebanyak RM5,000 disalurkan yayasan kepada keluarga Abd Rahman bagi keperluan pembelian susu formula khas untuk jantungnya, bagi tempoh setahun. "Yayasan juga menyampaikan bantuan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan sebagainya bagi meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada keluarga Abd Rahman. "Yayasan akan terus memantau keluarga Abd Rahman bagi memastikan keperluan Adam dapat disediakan termasuk perbelanjaan untuk membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, yang perlu dilakukan dua kali sebulan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
missbigrockstar replied at 17-12-2021 12:21 PM
Moga Legoland sponsor 1 family adik ni pi bercuti dan bermalam di sana.
ezacbee replied at 17-12-2021 08:53 PM
Syukurlah ada yg sudi membantu. Aku pun xpenah jejak legoland walaupun dekat. Setakat kat pintu masu ...
MoneyMatters replied at 17-12-2021 09:28 PM
Selalu kalau yg dekat dgn rumah tu yg x pergi hahaha.. Meols pon sbb bwk anak je kalau x pasti x s ...
ezacbee replied at 17-12-2021 09:34 PM
Klo legoland nak tutup baru sibuk nak pegi.
ezacbee replied at 17-12-2021 08:53 PM
Syukurlah ada yg sudi membantu. Aku pun xpenah jejak legoland walaupun dekat. Setakat kat pintu masu ...
lostnfaun replied at 17-12-2021 09:57 PM
Legoland tue kalau ada anak kecil sesuai la nak bawa & lagi berbaloi ambil annual pass sebab senan ...
dua_chzy replied at 17-12-2021 10:03 PM
Kalau duit hada lebih, elok la melencong pi USS. Berbaloi2 daripada Legoland.
ADVERTISEMENT