CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Masjid Mana Ni? Dah Boleh Rapatkan Saf Dah?"-Rita Rudaini Sindir Orang Sesak Di Genting

17-12-2021 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1112| Komen: 9

Pelakon sensasi Rita Rudaini menerusi hantaran terbaharunya dalam InstaStory menempelak secara sinis orang awam yang dilihat bersesak-sesak ketika berada di sebuah pusat peranginan terkenal tanah air.


Rita, 45, berkongsi suasana meriah di tempat peranginan popular tersebut yang tidak mengamalkan penjarakan sosial dengan membandingkan jumlah jemaah di masjid apabila kerajaan masih tidak membenarkan saf antara jemaah dirapatkan.

“Masjid mana ni? (sindiran). Dah boleh rapatkan saf dah? Bagus,” ujar Rita.

Foto: IG/Kosmo

Pada masa sama, pelakon filem Mami Jarum itu turut mempersoalkan ‘jenis’ vaksin yang diambil oleh pengunjung di pusat peranginan tersebut sehingga membuatkan mereka kebal dan tidak takut bersesak-sesak tanpa penjarakan sosial.


“Entah apalah yang mereka boh (masukkan) dalam badan tu. Baik kamu kunyah sahaja (makan vaksin),” jelasnya.

Gara-gara situasi ‘sesak’ di pusat peranginan tersebut, Rita juga secara sinis meminta pihak polis agar menangkap pengunjung yang didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


“Polis mana, polis? Mereka semua melanggar SOP. Tolong polis tangkap mereka naik lori. Tangkap mereka macam tangkap orang masjid,” sindir Rita.

Dalam hantaran berbeza, pelakon itu secara sinikal menasihati orang ramai supaya tidak lupa untuk mengambil suntikan dos penggalak vaksin supaya membolehkan mereka datang lagi ke pusat peranginan tersebut pada masa akan datang.

“Nanti balik dari ‘istana bunian’ (pusat peranginan) jangan lupa pergi cucuk booster (dos penggalak). Nanti tak boleh dapat lagi keseronokan seperti ini. Rugi,” katanya.

Bahkan, Rita turut menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan dos penggalak sebagai ‘ikhtiar’ untuk mengelak daripada dijangkiti Covid-19.

“Ikhtiar katanya. Jadi apa lagi? Booster itu 100 kali ikhtiar. Jangan lupa temu janji kamu semua,” kata Rita.

Sekadar info, baru-baru ini kerajaan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan bahawa status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan ditukarkan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapakan suntikan dos penggalak selepas Februari tahun depan.

Selepas status tersebut ditukar menjadi tidak lengkap, individu berkenaan adalah tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin Covid-19. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote cikatilia 21-12-2021 10:17 AM
melekap karakter mami jarum dah tua2 ni
Quote anony-mous 20-12-2021 02:48 AM
Dia x malu ke? Singgah ke masjid pon x pernah. I tgk yg bising2 pasal SOP masjid ni bukan kaki mesjid pon. Cth mcm rota & sohai ni. Hat ni mulut mcm pungkok ayam, tudung pon x reti pakai. Sekor lg live sepanjang waktu maghrib, entah bila jejak ke mesjid tp sama pongpang2 pasal sop masjid
Quote tahanie 19-12-2021 09:32 AM
Padanlah orang kata macam-macam. Memang tak boleh cakap yang baik, sakit je hati tu. Kesian betul
Quote Veneer 18-12-2021 01:34 PM
Bagus lah dia ni. Berani bersuara. Sindiran dia tu kena pada tempatnya. Aku hormat orang macam ni, ada pendirian.
Quote watymuchaz 18-12-2021 05:09 AM
Apa masalah mak cik ni.. Meroyan x  tentu pasal
Quote jgfjhdjhg 17-12-2021 09:49 PM
dengki tak leh g situ..
Quote CiliPadiSedap 17-12-2021 07:27 PM
lapar perhatian
Quote MisXoXo 17-12-2021 06:59 PM
Memang sejenis mulut jahat ke apa dia ni
Quote OyaTonggek 17-12-2021 06:48 PM
bizikkkk oii..diamlah!!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.022398 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top