Kuantan – Kejadian banjir di negeri ini meragut korban pertama selepas seorang penunggang motosikal yang dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah air ditemukan lemas di Jalan Pulau Manis dekat Gambang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa, M. Gunalan, 38, menunggang motosikal jenis Honda EX5 melalui jalan terbabit yang dilimpahi air dipercayai untuk pulang ke rumahnya. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, terdapat air melintas dan berarus laju menghalang laluan. “Namun mangsa bertindak meredah air berkenaan sebelum motosikal yang dinaiki terbalik dan mangsa dihanyutkan arus deras ke kawasan ladang sawit berhampiran,” katanya dalam di sini, hari ini. Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.40 tengah hari dan 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas bergegas ke lokasi kejadian. Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut dibantu enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan serta enam anggota Bomba Sukarela Gambang. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT