Kalau perasan, Iman Troye sering bertukar beg tangan. Jika dilihat menerusi perkongsiannya di Instagram, nampak macam mahal-mahal juga beg tangan digunakannya.
Berkata kepada mStar, penyanyi itu mengakui meminta kebenaran ibu bapanyaterlebih dahulu sebelum membeli barangan mahal termasuk beg tangan. Bagaimanapun, dia mendedahkan ibunya sebenarnya sangat marah jika dia membeli barang mahal sedemikian. "Tapi Iman minta kebenaran ibu untuk membeli sesuatu yang orang kata sangat-sangat mahal. "Bagi Iman, RM3,000 tu dah mahal sangat, ya Allah," ujarnya. Dalam masa sama, Iman menegaskan tindakan membeli barangan mahal itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya untuk kepuasan diri menggunakan hasil titik peluh sendiri. Ia membuat dirinya ingin berusaha dengan lebih keras. Tak salah kan Iman Troye nak manjakan diri dengan hasil titik peluh? - CARI
|
ADVERTISEMENT