Malaysia sudah bersedia untuk bertemu siapa saja lawan di suku akhir kerana tiada pilihan selepas tewas 1-3 kepada Britain dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, semalam. Malaysia kini menduduki tempat ketiga Kumpulan B dan terpaksa menunggu perlawanan pasukan lain dengan Belgium bertemu Ireland dan India menentang Australia yang berlangsung lewat malam tadi. Pengurus pasukan, Stephen van Huizen berkata anak buahnya mesti bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan suku akhir Rabu ini kerana pertemuan itu boleh diibaratkan misi hidup mati bagi mencerahkan peluang layak ke Sukan Olimpik Rio 2016. Mengenai pertemuan menentang Britain, Stephen berkata, Malaysia tidak bernasib baik kerana pasukan kelima terbaik dunia itu menjaringkan dua gol ketika skuad negara kehilangan kapten Muhamad Razie Rahim akibat direhatkan kerana dilayangkan kad kuning. - CARI Infonet
|
17
Bagus |
21
Marah |
12
Terkejut |
25
Sedih |
9
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT