oleh Fyruz
Balik rumah, singgah ke pasar nak beli sayur. sayur mana yang biasa kamu pilih. Biasanya mesti yang nampak cantik, segar bugar dan yang nampak macam selera bila nak masak. Biasa korang beli, ada tengok tak produk tu organik ke tak? penting ke sebenarnya memilih produk organik ini? Bagi yang tak tahu, produk organik ini adalah hasil tuaian daripada perladangan secara asli. Pendek kata, tak guna baja kimia lah. Hebat kan!
Memang la dengarnya bagus kan, jadinya yang datang dengan pakej yang bagus ini pasti juga harganya bagus juga. Memang harga bahan organik tak pastilah kenapa mahal, tetapi memang mahal dari produk konvensional. Jadinya, sayuran biasa tak bagus ke untuk kita? Untuk tak mengecewakan, sayur yang ditanam secara konvensional bukanlah tak bagus cuma khasiat telah berkurangan akibat daripada bahan kimia yang digunakan untuk mempercepatkan proses pertumbuhan produk tersebut. Kajian yang dilakukan ke atas produk makanan secara konvensional ini mendapati, mereka banyak menggunakan bahan kimia yang memang secara 'direct' membahayakan kesihatan. Bayangkan, peladang-peladang kentang tidak dapat menuai hasil selama 5 hari diladang selepas membaja kerana bahan kimia tersebut melemahkan mereka untuk bernafas. Walau bagaimanapun, hasilnya sangat luar biasa, kerana kentang yang dihasilkan cepat membesar. Satu kajian lain yang dijalankan di atas kentang juga mendapati, dengan membiarkan kentang tumbuh secara semula jadi, ia membekalkan fosforus, satu elemen penting untuk memastikan vitamin dapat diserap dalam badan. Jadi, sehingga artikel ini ditulis? Manakah sayur pilihan anda? Tepuk dompet, tanya diri anda. |
ADVERTISEMENT