CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jihan Muse Terperangkap Banjir, Tak Tahu Nak Cakap Apa

20-12-2021 04:55 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5902| Komen: 16|Original author: LilRose

Tiada kata-kata dapat menggambar perasaan Jihan Muse yang terperangkap dalam fenomena banjir melanda kebanyakan kawasan di Shah Alam dan Klang, Selangor.

Akuinya, dia terkejut dengan kejadian itu kerana pertama kali berlaku sejak 30 tahun menetap di Shah Alam.


Kedit foto: IG

"Saya sudah check, kenderaan saya okey dan kami antara yang terselamat.

"Saya tak tahu nak cakaplah. Saya dah duduk Shah Alam sudah 30 tahun, tak pernah banjir pun sebenarnya, inilah kali pertama. 

"Musibah yang melanda ini adalah musibah yang kita tak bersedia untuk hadapi dan tiada persediaan sebab bukan kawasan yang biasa dilanda banjir. Jadi, agak terkejut juga.


Kedit foto: IG

"Kita dah hadapi pelbagai musibah dalam dua tahun, walau terkejut tapi ada ketenangan juga kita agak cool. Alhamdulillah ini ada hikmahnya.

"Tapi untuk saya sendiri, dalam rumah sendiri tiada apa-apa tapi dalam rumah mak saya banjir air masuk. Mak cik saya, saudara mara di Hulu Langat air sampai paras bumbung. Paling teruklah!" katanya menerusi panggilan video ketika siaran langsung GV8.



Kejadian itu menyebabkan Jihan terpaksa menyerahkan tanggungjawabnya sebagai hos mingguan Gegar Vaganza musim ke lapan (GV8) kepada Elly Mazlein bagi mengacarakan konsert kelima program itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Dah nama pun artis versatil, Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom berjaya menyelamatkan acara itu dengan jayanya bersam ahos tetap Nabil Ahmad.





Sekiranya keadaan kembali pulih, Jihan akan kembali mengacarakan GV8 pada minggu seterusnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 20-12-2021 05:38 PM
Kaklina dah practice pandang2 jeling2 tu
Quote belacan_gurl 20-12-2021 06:38 PM
Walaupun aku x suka dia ni tapi kata2 dia smlm bagus gak...cara percakapan dia... xde la melalut sgt ..berterima kasih dgn bantuan yg diberi
Quote LadyDee88 20-12-2021 07:56 PM
pttla tertengok gv smlm interaction kak lina and nabil awkward jee... lwknya cringe betul.. trs tukar channel
Quote Normabaru 20-12-2021 09:22 PM
Awat baju si Lina kepom tu makin lama makin melebar..huduh yach
Quote dudaberhias 20-12-2021 09:48 PM
semoga di permudahkan jihan dan keluarga...

eee taktau nak kata walaupun rumah iolss tak masuk air tapi kawasan sekitar memang banjirr...
tak pernah berlaku seteruk ni walaupun shah alam memang pernah banjir sebelum ni...

bukan banjir je siap pencawang meletop dan blackout...

nak salahkan hujan... sebelum ni pun pernah hujan lama dan lebat jugak...

pengaliran la kot yang tak berapa nak jalan elokkk... dah banyak sangat taman segala rumah nak di bina... pernah sebelum ni pun rumah di tempat lain naik air walaupun air takde masuk rumah... tu pun sebab ada projek perumahan berdekatan belum siap sepenuhnya... lepas perumahan tu siap ironinya situ tak banjir dah walaupun hujan 3 hari bulan ni... patutnya situ lagi berisiko banjir...
Quote stingerpasta 20-12-2021 09:50 PM
Normabaru replied at 20-12-2021 09:22 PM
Awat baju si Lina kepom tu makin lama makin melebar..huduh yach

Lebar huduh...figure hugging kena kecam...laki ko ok keww ko biatch macam ini? Kalau betul la ko masih berlaki?
Quote LadyCarefree 21-12-2021 12:32 AM
Silalat Amzah time2 banjir pon laki xdok. Dah cerai kah?
Quote dino 21-12-2021 07:35 AM
dudaberhias replied at 20-12-2021 09:48 PM
semoga di permudahkan jihan dan keluarga...

eee taktau nak kata walaupun rumah iolss tak masuk air  ...

salahkan sohai sis.. skali die murka Allah pun murka
wpun sah2 laki bini penipu… berhutang dgn org die p block…

tgh meroyan cam babi kat fb tu.. dah la tak membantu byk plak pndpt die yg tak guna tu haha

Quote ekselen 21-12-2021 07:50 AM
dudaberhias replied at 20-12-2021 09:48 PM
semoga di permudahkan jihan dan keluarga...

eee taktau nak kata walaupun rumah iolss tak masuk air  ...

iols jarang dgr shah alam/klang banjir buruk..ni mmg first time..biasa dgr belah2 utara atau pantai timur jah.. kl banjir tu dah biasa dgr... mmg byk dugaan bbrp thn ni... semoga semua org muhasabah diri termasuk yg ahli2 politik tu.. bykkan masa sikit turun pandang tgk sekitar kawasan kamu...
Quote bulalof 21-12-2021 08:17 AM
unit perancang bandar pasni kalau nak luluskan sesuatu project tu minta pendapat awam sama supaya semua org boleh beri pendapat.
Quote makton 21-12-2021 08:42 AM
cuma nak komen & tanya, teruk benar ke pengacaraan kak lina pompom masa tu?
Quote balakkampung 21-12-2021 09:18 AM
makton replied at 21-12-2021 08:42 AM
cuma nak komen & tanya, teruk benar ke pengacaraan kak lina pompom masa tu?

pada aku ok jer..kelakar gak kak lina jadi host..way better la dari pengacara anugerah drama sangat.
Quote stingerboss 21-12-2021 09:20 AM
makton replied at 21-12-2021 08:42 AM
cuma nak komen & tanya, teruk benar ke pengacaraan kak lina pompom masa tu?

She is just being herself.....dont need to fake....

On that note...she is ok....a good choice of substitute ....for jihan...
Quote AshkieLa 21-12-2021 09:27 AM
makton replied at 21-12-2021 08:42 AM
cuma nak komen & tanya, teruk benar ke pengacaraan kak lina pompom masa tu?

tak masuk sangat ngan Nabil..  jadi cringe bila Nabil nak melawak...
meols tengok mcm syok sendiri dia je si Pompom ni...
dia cuba nak melawak dgn TokRam pun a bit awkward...
Quote cmf_PariS 21-12-2021 09:32 AM
over gedik lah serious annoying.. mula2 ye kelakar lps tu dok ulang nyanyi ulan g nyanyi mcm hadap job eiiiii pls laaaaaa... tlg hormat majlis sket elly.. ingat awak ada suami .. ada keluarga mertua bagai.. malu sket boleh????? kalau drama kau tu aku pahammmmm
Quote SpyLeman 21-12-2021 11:17 AM
Iols katup tv awal disebabkan lina kepom ni laa... kt ig GV pakat kecam si lina. Harap nxt week jihan masuk balik. Bkn apa, lina kepom ngan nabil masing2 berebut nak buat lawak. Tu jd tak synchro. Kalau dgn jihan, diorang take turn so tak redundant

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.047019 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top