CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Keganasan Domestik Sama Seperti Kejahatan Syaitan' - Pope Francis

20-12-2021 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1294| Komen: 5

Pope Francis secara lantang mengkritik keganasan domestik terhadap golongan wanita dan menyifatkannya sebagai ‘perbuatan syaitan’.

Lapor BBC, pemimpin Vatican City itu berkata demikian ketika berucap kepada satu penal yang terdiri dari empat individu yang mempunyai latar belakang berbeza, termasuk mangsa keganasan domestik.

“Pada saya, perbuatan itu (keganasan domestik) sama seperti kejahatan syaitan kerana menindas golongan yang tidak boleh pertahankan diri mereka dan jenayah ini amat memalukan,” katanya.


Kredit foto: The Guardian

Pope Francis kemudiannya berkata, golongan wanita yang menjadi mangsa keganasan domestik tidak kehilangan maruah mereka.


Sejak pandemik Covid-19 bermula, Pope Francis sudah beberapa kali menyuarakan isu berkaitan keganasan domestik.

Jenayah itu dilaporkah meningkat di beberapa negara dengan menyaksikan semakin ramai mangsa terperangkap akibat pandemik yang berlaku.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melibatkan 13 negara, separuh daripada golongan wanita memaklumkan mereka menjadi mangsa penderaan domestik sejak pandemik bermula.

Di Itali, polis mendedahkan sebanyak 90 kes melibatkan keganasan terhadap golongan wanita setiap hari dengan 62 peratus daripadanya melibatkan keganasan domestik.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja9 20-12-2021 06:54 PM
Di Itali, polis mendedahkan sebanyak 90 kes melibatkan keganasan terhadap golongan wanita setiap hari dengan 62 peratus daripadanya melibatkan keganasan domestik.
Banyaknya... ni sebab dah tak cinta ker apa.. aku nak buat researchlah pasal ni, hipotesis awal aku ialah ini disebabkan emosi yg tersakiti bertambah tersakiti bila sikap pasangan tak membantu dimatanya dan melarat bila membiarkannya  .. masih ada hipotesis yg lain tetapi ini yg dominan

bagus jugalah ada pihak yang tolong backup.. walaupun tak ada harapan boleh merubah keadaan kerana terlalu jauh laungannnya tetapi mata-mata orang sekeliling yg memandang tajam yg seolah-olah mengulang kata-kata tersebut pasti memberikan perasaan gerun..

Quote Decaffeinated 20-12-2021 11:03 PM
ninja9 replied at 20-12-2021 06:54 PM
Banyaknya... ni sebab dah tak cinta ker apa.. aku nak buat researchlah pasal ni, hipotesis awal aku  ...

Tidak dinafikan juga memang ada pompuan yang meminta untuk diganasi. Hanya iman yang membezakan samada permintaan itu dipenuhi.


Quote ninja9 21-12-2021 12:20 AM
Decaffeinated replied at 20-12-2021 11:03 PM
Tidak dinafikan juga memang ada pompuan yang meminta untuk diganasi. Hanya iman yang membezakan sa ...

Haha..


barangkali perempuan spt itu telah tersalah pengertian, sifat lelaki yg ganas itu katanya juga adalah kekuatan yg telah terbukti, yang boleh perempuan itu jadikan sebagai tempat bergantung.. ada rasa selamat kononya.. .... diharap lelaki jgan ambik kesempatan di atas sifat keperempuanan ini ...

Quote Decaffeinated 21-12-2021 09:59 AM

tak kata pun sex, motif ke situ? ujian datang dalam berbagai bentuk


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.242342 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top