Nama pelakon Taiwan Chen Sung-Young menjadi sebutan setelah dilaporkan meninggal dunia pada 17 Disember lalu.
Selain khabar kematiannya, pelakon berusia 80 tahun itu turut memberikan sebanyak 2 juta TWD (RM302,000) kepada pengasuhnya, Yule yang berasal dari Indonesia. Chen mengembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taoyuan Chang-Gung Memorial setelah bertahun-tahun melawan komplikasi daripada pelbagai penyakit. Aktor berasal dari Taiwan ini memulakan kerjayanya pada 1970 dengan membintangi pelbagai drama dan filem popular selama beberapa dekad termasuk lakonannya bersama Jet Li dalam filem Hong Kong Fong Sai-yuk.
Dia memenangi penghargaan untuk drama sejarah Taiwan berjudul 'A City of Sadness' yang diarahkan Hou Hsiao-hsien pada 1989. Chen memilih untuk bersara daripada bidang lakonan kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot pada 2000 dan kemudiannya mengalami strok pada 2006. Bagaimanapun, Chen memilih untuk tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak. Namun, TAIWAN NEWS melaporkan dalam beberapa tahun terakhir, dia sangat rapat dengan Yule dan sudah menganggap wanita itu sebagai anak sendiri. Sebelum meninggal dunia, Chen berjanji akan memberikan yang terbaik untuk Yule kerana dia telah menjaganya dengan baik selama ini. Chen berbuat demikian supaya pengasuhnya dapat membeli tanah dan membina perniagaan apabila dia pulang ke Indonesia. Dalam pada itu, Chen juga pernah memberikan sejumlah perhiasan emas bernilai 1.2 juta TWD (RM180,000) kepada Yule. Sumber: mStar
|
Suchi replied at 21-12-2021 06:00 AM
Ok je duit dia sukati dia nk bg sapa pun nak plak dia takde waris.
Hanya pengasuh dia je yg byk bant ...
sharlenetexas replied at 21-12-2021 02:08 PM
Carlos Marin Il Divo pun meninggal sebab komplikasi covid.
mamajawie replied at 21-12-2021 02:55 PM
serius la da meninggal??
sharlenetexas replied at 21-12-2021 02:08 PM
Carlos Marin Il Divo pun meninggal sebab komplikasi covid.
sharlenetexas replied at 21-12-2021 02:08 PM
Carlos Marin Il Divo pun meninggal sebab komplikasi covid.
keane.somewhere replied at 21-12-2021 01:18 PM
Untung la kau sis....tapi jangan lupa selalu la ziarah ke kubur Chen ni bacakan doa bagi menghargai ...
ADVERTISEMENT