CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nekad Terjun Menara Telekomunikasi Sebab Kecewa Anak Gadis Nak Kahwin

21-12-2021 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2090| Komen: 8

Kecewa anak gadisnya mahu menikah menyebabkan seorang lelaki di Probolinggo, Jawa Timur cuba membunuh diri.

Lelaki berusia 43 tahun itu tekad memanjat menara telekomunikasi kelmarin sehingga mengejutkan keluarga dan masyarakat setempat.

Menurut laporan Kompas, kejadian itu pada mulanya disedari seorang remaja yang kebetulan berada tidak jauh dari menara berkenaan.


Kredit foto: Istimewa/TribunNews

Remaja terbabit kemudian segera memaklumkan keluarganya dan mereka bergegas membuat laporan polis.

Sebaik tiba di lokasi, polis cuba memujuk lelaki terbabit untuk turun dari menara telekomunikasi itu.

Selepas beberapa minit dipujuk, lelaki terbabit akhirnya akur dan menyerah diri kepada polis.

Siasatan lanjut mendapati lelaki terbabit bertindak demikian kerana tidak bersetuju anak perempuannya untuk bernikah.

Namun, tidak diketahui punca sebenar dia enggan anak gadisnya itu meneruskan pernikahan.

Selepas diselamatkan, lelaki terbabit dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan kesihatan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 21-12-2021 01:26 PM
adoi...pelikla kamu.. tapi dia ada sebab sendiri. Hanya dia dan anaknya je yang tau...
Quote Artemesiaa 21-12-2021 01:34 PM
Mujur masih sempat diselamatkan
Quote Shazid 21-12-2021 03:58 PM
Die x berkenan dengan bakal menantu kot...tp mudanya umur 43 tahun ank dh nk kahwin.
Quote ninja9 21-12-2021 04:18 PM
lain... biasanya di india kalau tak setuju perkahwinan anak perempuan, perempuan itu dizalimi famili.. di indo bapak pulak yang menzalimi diri sendiri jika tak setuju ttg perkawinan ank perempuan..
Quote nononcrux 22-12-2021 03:37 PM
cetek btl akalnya, sampai nak bunuh diri, lembam ke apa
Quote clarizsa 22-12-2021 04:07 PM
Tak setuju sebab apa
I mula la fikir yang bukan2 dah ni
Selalunya kes kecewa awek nk kawin org lain je cmni
Quote tikusmontok 22-12-2021 04:20 PM
clarizsa replied at 22-12-2021 04:07 PM
Tak setuju sebab apa
I mula la fikir yang bukan2 dah ni
Selalunya kes kecewa awek nk kawin org lain  ...

Bangsa indon kan, apa jer yg pelik
Quote Purpkehag 23-12-2021 11:47 AM
Harap bukan pasal ada hubungan sumbang mahram. Astaghfirullah mengapa aku boleh terfikir sejauh itu? Kalaulah.. Kalau.. Tapi taklah..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.066266 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top