CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Anggota Polis Digantung Tugas Long Tiger Lolos, Cuai Atau Bersekongkol?

22-12-2021 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2353| Komen: 12

Dua anggota polis digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' yang berjaya meloloskan diri dari tahanan lokap di Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka digantung tugas sehingga siasatan selesai kerana disyaki terlibat secara langsung atas kesalahan kecuaian hingga menyebabkan tahanan terbabit berjaya melarikan diri.


Gambar hiasan

"Sebelum ini, kita ada panggil empat anggota untuk soal siasat dan hasil daripada itu, dua daripadanya kita tahan (gantung) kerja kerana disyaki terlibat secara lansung atas kesalahan cuai. Walaupun mereka ini (dua anggota polis) tidak dituduh lagi di mahkamah, kita lihat kesalahan ini serius dan kita ambil tindakan untuk tahan kerja mereka.


"Kita akan siasat daripada segala aspek sama ada atas kecuaian ke dia bersekongkol, bersubahat ke atau pun dia menerima rasuah, kita akan lihat daripada semua yang ada," katanya ketika ditemui pemberita pada Operasi Bersepadu Bas Ekpress, Bas Persiaran dan Lori di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) arah Utara Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan suspek, Abdul Hamim Ab Hamid, 32, meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak melalui pintu utama mahkamah berkenaan sebelum lelaki itu dibawa menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, pihaknya juga telah menahan sepasang suami isteri kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Selasa di Bukit Gambir, Muar kerana dipercayai terlibat melindungi Abdul Hamim selepas suspek tersebut berjaya meloloskan diri daripada tahanan mahkamah.

"Kita masih lagi mengesan Long Tiger yang mana kita percaya masih berada dalam kawasan Bukit Gambir, Muar dan sekitarnya. Kita juga telah menahan sepasang suami isteri warga tempatan masing-masingnya berusia 41 dan 43 tahun kerana disyaki mengetahui serta bersubahat melindungi suspek ini.

"Kedua suspek ini telah direman selama empat hari bermula 21 Disember untuk membantu siasatan. Jadi saya ingin menyeru kepada orang awam untuk jangan sesekali melindungi suspek ini kerana dia sedang diburu, jika kita dapat maklumat ada yang buat juga kita akan ambil tindakan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 22-12-2021 11:01 AM
tengok sikit muka polis mana yg bebal sgat tu... makan gaji buta... org bergari pun boleh lolos... entah2 da kena sogok
Quote Ferr_Remy 22-12-2021 12:42 PM
Letak je la dash cam kat body tu mcm negara luar. Senang.
Quote caprut 22-12-2021 12:59 PM
Orix replied at 22-12-2021 11:01 AM
tengok sikit muka polis mana yg bebal sgat tu... makan gaji buta... org bergari pun boleh lolos... e ...

Tambah jawatan polis pengiring ke mahkamah. Byj sgt da kjer abam polis. Sian dorg
Quote Orix 22-12-2021 01:07 PM
caprut replied at 22-12-2021 12:59 PM
Tambah jawatan polis pengiring ke mahkamah. Byj sgt da kjer abam polis. Sian dorg

byak lah sgat.........................
Quote caprut 22-12-2021 01:16 PM
Orix replied at 22-12-2021 01:07 PM
byak lah sgat.........................

If u know im being sarcastic salah satu jawatan trpaling penting dkt malaysia ni. Haha.

Tp polis mmg mcm sial. Dtg klinik tk reti pakai mask tp sbuk nk saman org tk pakai mask
Quote haruslah 22-12-2021 01:51 PM
Baru sikit tu
Belum lg yg jual ic...yg bwk masuk pati
Asal boleh jadi duit
Quote makton 22-12-2021 02:02 PM
silap2 long tiger dah sampai thai
Quote cmf_premierleag 22-12-2021 02:06 PM
makton replied at 22-12-2021 02:02 PM
silap2 long tiger dah sampai thai

tak mustahil ya
sbb akak baru tgk news td...banjir kt kelantan sana
ada pakcik ni ckp rumah dia dlm 80m je dr sg golok.... now air dh naik and dia taknak pindah ke PPS sbb nanti org telen bleh senang dtg rumah dia merompak bagai...so bila air dah naik ni mmg senangg sgt nk pi thailand
ye le..seberang sungai je dh masuk telen
senanga long tiger nk pi sana skang ni ikut air banjir sungai
Quote saviour_09 22-12-2021 02:16 PM
aku tak percaya lgsg cuai



Quote KamikuP 22-12-2021 02:34 PM
Bila polis bersubahat, sbb tu kebanyakan anak2 polis tak menjadi sampai ada anak haram luar nikah anak negro
Quote makton 22-12-2021 04:19 PM
cmf_premierleag replied at 22-12-2021 02:06 PM
tak mustahil ya
sbb akak baru tgk news td...banjir kt kelantan sana
ada pakcik ni ckp rumah dia dl ...

sedangkan sajat yg senang org kenal pun boleh lolos ke telen.
ni kan plak rohingya muka kebanyakan ni mcm pekerja pasar borong.
takde sape nak toleh kalau selisih bahu dgn tiger ni kat sg golok sana
Quote Belibis 22-12-2021 04:21 PM
makton replied at 22-12-2021 02:02 PM
silap2 long tiger dah sampai thai

Dah jadi long thai girl?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.156548 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top