Iwan Syahman mengingatkan golongan fanatik agama bahawa bencana banjir yang sedang melanda Malaysia kini bukan saja ujian daripada Allah SWT, malah ia turut berpunca daripada manusia sendiri.
Memetik Kosmo Online, Raja Dangdut Malaysia yang kini bergelar seorang pendakwah itu memandang serius dakwaan segelintir pihak fanatik agama bahawa bencana banjir yang sedang dihadapai rakyat Malaysia adalah balasan daripada Allah. “Setiap apa yang terjadi, ada hikmah di sebaliknya. Setiap apa yang terjadi juga memang ujian daripada Allah SWT.
“Tapi, jangan kita lupa dan alpa bahawa, setiap apa yang terjadi juga berpunca daripada tangan-tangan kita (manusia) itu sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online. Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus berkata demikian ketika ditemui pada majlis pernikahan anaknya, Oktovia Manrose malam tadi. “Sebenarnya, untuk mendapatkan keberkatan dan menjauhkan kemurkaan Allah, kita kena berpegang teguh dengan ajaran agama. “Nak capai apa-apa kejayaan dan hilangkan segala bentuk bencana, kita perlu berbalik kepada perintah Allah dan sunnah Rasullullah. Tanya diri adakah kita jaga hubungan sesama makhluk?" ujarnya. Iwan juga menegaskan bahawa Allah maha pengampun jika hambanya melakukan dosa, namun sekiranya dosa sesama makhluk, sampai kiamat kita kena cari untuk memohon ampun. Jika dilihat hantaran dan komen di laman sosial, segelintir pihak menyalahkan bencana banjir berpunca akibat kealpaan manusia pada Sang Pencipta dan sering bergelumang dengan maksiat. - CARI |
pinksarah replied at 22-12-2021 07:21 PM
"Tanya diri adakah kita jaga hubungan sesama makhluk?"
statement Iwan yg ni sgt deep...
doubleharmonic replied at 22-12-2021 10:06 PM
bukan acik2 porem jugak ke yang suka cash kan orang lah allah bayar cash lah bagai?
ADVERTISEMENT