Instagram sebuah program hiburan terkenal, Melodi malam tadi membuat pengumuman mengejutkan mengenai pasangan selebriti Intan Ladyana yang kini dikhabarkan hamil anak sulung dikejarkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19.
Suaminya, Haris Alif yang turut dijangkiti juga dikejarkan ke lokasi sama di Hospital Sungai Buloh.
Walau tidak memuat naik sebarang kenyataan, namun Intan di Instastory ada berkongsi video dipercayai sedang menuju ke hospital dengan menaiki sebuah ambulans. Rata-rata peminat termasuk rakan artis meluahkan rasa bimbang lebih-lebih lagi keadaan Intan yang kini sarat hamil serta mendoakan pasangan itu diberi kesembuhan. Semoga Intan dan kandungannya serta suami dalam keadaan baik-baik saja. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|