CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nampak Kereta Rakyat Rosak, Terus Putera Arab Bawa Ke Showroom Belikan Hilux

23-12-2021 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2762| Komen: 12

Tular di media Arab Saudi apabila Putera Arab Saudi menghadiahkan seorang lelaki sebuah Toyota Hilux baru-baru ini, lapor Gulf News.

Gabenor wilayah Asir, Putera Turki bin Talal Al Saudi memberikan kenderaan itu kepada seorang lelaki selepas beliau terlihat lelaki itu berdiri di tengah sebatang jalan di Mahayel, Asir kerana keretanya rosak.


Kredit foto: Gulf News

Putera Turki kemudian meletak kenderaannya di sebelah kenderaan lelaki tersebut dan bertanya kepadanya sekiranya dia mempunyai kereta lain untuk digunakan. Lelaki itu menjawab tiada.

Putera Turki kemudian membawa lelaki itu ke sebuah bilik pameran kereta dan membelikannya sebuah kereta jenis Toyota Hilux.

Beliau menyerahkan kunci dan memberitahu kepada lelaki itu bahawa kereta itu kini menjadi miliknya.

Foto insiden tersebut kemudiannya dikongsikan menerusi platform media sosial dengan orang ramai memuji sikap murah hati Putera Turki. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 23-12-2021 09:36 AM
While in Msia netijen kagum putera bawak lori.. ko mampooo?
Quote kikuri 23-12-2021 09:41 AM
kalo jadi kat malaysia iols mintak maibi je... kang dibelinya hilux takde duit pulak nak isi minyak dengan byr roadtax..
Quote Adrif 23-12-2021 10:33 AM
kikuri replied at 23-12-2021 09:41 AM
kalo jadi kat malaysia iols mintak maibi je... kang dibelinya hilux takde duit pulak nak isi minyak  ...

myvi is king  
baru tengok video-video orang upload, myvi redah banjir.
semasa vellfire, merc, toyota, honda, semua tak berani bergerak banjir, tiba2 myvi lalu membelah air

myvi ni macam itik, darat boleh, udara boleh, air boleh  
Quote CikYaYaYa 23-12-2021 07:24 PM
Apa daa hal. Duit dia kepok2 kot. Takat belikan org tu kereta sbuah xjejas pon duit dia.
Quote cmf_premierleag 23-12-2021 07:29 PM
Adrif replied at 23-12-2021 10:33 AM
myvi is king  
baru tengok video-video orang upload, myvi redah banjir.
semasa vellfire, merc ...


ada gak aku tgk myvi yg towing lori 1 tan ya
kat plaza tol
Quote Belibis 23-12-2021 11:29 PM
Patutla masukkan kat akaun seseorang tu berjota jota...super duper kaya rupanya.
Quote mama_cat 23-12-2021 11:38 PM
Adrif replied at 23-12-2021 10:33 AM
myvi is king  
baru tengok video-video orang upload, myvi redah banjir.
semasa vellfire, merc ...

yang manual depa berani,, kalau gearbox auto, menangis bucu katil jugak... kalau bawak manual, make sure jalan clear, gear 1 ja steady jgn bagi mati... kalau mati, towing jugak kekdahnya...
Quote TetapBitter 24-12-2021 07:58 AM
cmf_premierleag replied at 23-12-2021 07:29 PM
ada gak aku tgk myvi yg towing lori 1 tan ya
kat plaza tol

Screenshot_20211220_191801_com.instagram.android_edit_2709897318701082.jpg
Quote mejaputih 24-12-2021 08:10 AM
Myvi legend!!
Quote Shazid 24-12-2021 11:04 AM
Bestnye...untunglah lah
Quote Orix 24-12-2021 11:19 AM
CikYaYaYa replied at 23-12-2021 07:24 PM
Apa daa hal. Duit dia kepok2 kot. Takat belikan org tu kereta sbuah xjejas pon duit dia.

kan... dia beli kereta rege ratus ribu ibarat kita2 ni beli handphone harga 1-2k jah... silap2 ibarat beli keropok dekat 7e jah
Quote cmf_premierleag 24-12-2021 11:20 AM
TetapBitter replied at 24-12-2021 07:58 AM

hat yang ni la..thanks sbb tlg tepek

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061562 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top