Leonardo DiCaprio terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan dua anjing peliharaannya semasa penggambaran filem terbaharu Don't Look Up di Boston, Amerika Syarikat.
Pemenang Oscar berusia 47 tahun itu mengimbau kembali detik ketika dia mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan dua ekor anjing jenis Husky iaitu Jack dan Jill daripada lemas di dalam tasik. "Pada mulanya, salah seekor daripada anjing saya yang terjatuh ke dalam tasik. Kemudian, seekor lagi melompat ke dalam tasik untuk menyelamatkan anjing tersebut.
"Akhirnya, kedua-dua anjing saya jatuh ke dalam tasik. Saya tidak faham apa yang mereka lakukan di tasik tersebut," kata Leornado semasa segmen Entertainment Weekly's Around the Table, lapor GEO TV. Leornado seterusnya berkata, dia dan dua anjingnya berada di dalam air tasik yang sejuk. Dalam pada itu, pelakon gandingannya, Jennifer Lawrence mendedahkan bahawa Leornado berbogel di dalam kereta untuk memanaskan badan setelah berjaya menyelamatkan kedua-dua anjingnya daripada lemas. Ini bukan kali pertama Leornado berani terjun ke perairan untuk menyelamatkan nyawa. Bintang Wolf of Wall Street itu juga pernah menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh dari kapal layar di St. Barts pada 2019. Sumber: mStar |
lasagna replied at 23-12-2021 10:24 AM
fuhhh hebat! anjing dia pun husky breed, iols ada kwn anjing jenis breed ni, udahnya hilang org curi ...
delia3003 replied at 23-12-2021 07:45 PM
Rajin pulak I google umur LD, baru 47 tahun ka, Hugh Jackman dan Daniel Craig lagi tua tapi tetap ...
ADVERTISEMENT